Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Windows XP Skil. Show all posts
Showing posts with label Windows XP Skil. Show all posts

'Show Hidden Files and Folder' rosak atau error

"Show Hidden Files and Folder"

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk 'Show Hidden Files and Folders' di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda 'Show hidden Files and Folders' dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, 'Show hidden Files and Folders' kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada 'erorr' tersebut.


Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)
Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada 'checkedValue'. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci 'CheckedValue' dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula 'Show Hidden Files and Folders'. Sepatutnya dah ok.


Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya

1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly's corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.
Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.

Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq. :)

Baca selanjutnya..

Cara hilangkan tanda highlight pada start menu

Start Menu yang dihighlight.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selepas anda selesai menginstall sesuatu perisian, pastinya anda akan melihat item perisian tersebut akan di'highlight' pada 'start menu' anda. Seperti gambar di atas, highlight tersebut tidak akan hilang sehingga anda mengklik item tersebut. Jika anda menginstall perisian dengan banyak sekaligus, kadangkala highlight tersebut nampak agak mengganggu.

Berikut ialah cara untuk menghilangkan highlight tersebut:

1. Start -> Control Panel.
2. Pilih 'Switch to Classic View' jika anda dalam 'Category view'.
3. Klik 2 kali pada ikon 'Taskbar and Start Menu'.
4. Satu window akan terpapar seperti dalam rajah.

Taskbar dan Start Menu Properties

5. Klik pada Tab 'Start Menu'.
6. Klik 'Customize..' pada sebelah menu Start Menu.
7. Window Customize Start Menu akan terpapar. Klik pada Tab 'Advanced'.

Customize Start Menu

8. Hilangkan tanda pada 'Highlight newly installed programs'.
9. Klik OK.
10. Klik Apply. Dan OK.
11. Sekarang anda dapat lihat tiada lagi highlight untuk start menu item yang baru diinstall. Tahniah..

Selamat mempraktik.

Baca selanjutnya..

Cara membuat partition Hard Disk 2

sambungan daripada cara install Partititon Magic...


Menggunakan perisian Partition Magic ini, anda dapat melakukan beberapa perkara berkenaan hard disk anda. Buka setakat Parttion atau asingkan atau membelah drive, anda juga dapat mencantum (merge), mensaiz semula (resize), membuat backup untuk sesuatu partition, dan menginstall OS yang lain di sesuatu drive/partition.

Sambungkan daripada tutorial sebelumnya, di sini saya cuma akan mengajar bagaimana membuat partition hard disk sahaja. Ikuti tutorial langkah demi langkah berikut.

Tutorial 3 : Cara-cara hendak membuat partition hard disk di Windows XP

Langkah 1 : Tandakan Disk mana yang anda mahu partition/partisi (jika anda ada lebih dari satu hard disk).
Rajah 1. (Klik untuk besarkan)

Langkah 2 : Klik "Create a new Partition".
Rajah 2. (Klik untuk besarkan)

Langkah 3 : Klik Next.
Rajah 3. (Klik untuk besarkan)

Langkah 4 : Window "Select Disk". Pilih bahagian mana yang anda mahu partition. (Contohnya, saya pilih drive D dalam tutorial ini.) Kemudian Klik next.
Rajah 4. (Klik untuk besarkan)

Langkah 5 : Pilih After D (recommended) seperti dalam rajah tersebut. Klik Next.
Rajah 5. (Klik untuk besarkan)

Langkah 6 : window "Take Partition from Which Partition?". Tandakan Partition D sahaja kerana saya mempunyai banyak lagi ruang kosong di drive D.
Rajah 6. (Klik untuk besarkan)

Langkah 7 : Windows "Partition Properties". Pilih saiz partition yang anda mahu. Contohnya dalam tutorial ini saya memilih 100,000 MB atau 100 Gb. Create as "Logical" dan File system "NTFS" seperti yang telah di'recommended'. Drive letter yang terpapar adalah yang telah di'reserve' oleh windows. Kemudian klik Next.
Rajah 7. (Klik untuk besarkan)

Langkah 8 : Window "Confirm Choice". Lihat partition sebelum dan selepas anda. Jika berlaku kesilapan, klik Back untuk betulkan. Jika semua ok, klik Finish.
Rajah 8. (Klik untuk besarkan)

Langkah 9 : Lihat di window Partition Magic drive yang telah dipartition, D dan K. Klik Apply pada skrin kiri-bawah anda.
Rajah 9. (Klik untuk besarkan)

Langkah 10 : Klik Yes apabila anda di'prompt' untuk pengesahan.
Rajah 10. (Klik untuk besarkan)

Langkah 11 : Bersedia untuk reboot komputer anda. tutup dahulu semua program yang sedang 'running'. Kemudian klik "OK".
Rajah 11. (Klik untuk besarkan)

Langkah 12 : Biarkan komputer anda reboot. Anda akan melihat skrin biru semasa proses partition berlaku. Peringatan : Jangan tekan sebarang kekunci semasa proses itu berlaku. Jika anda tertekan sesuatu perkara yang akan merosakkan disk anda mungkin berlaku.

Langkah 13 : Kemudian, anda akan direboot sekali lagi secara aotumatik selepas partition selesai. Anda sudah boleh masuk windows pada tahap ini. Tunggu sehingga windows anda habis loading.

Langkah 14 : Jika windows anda mem'prompt' untuk restart kerana telah menjumpai hard disk baru, klik yes untuk restart. Jika tiada, abaikan langkah ini.

Langkah 15 : Anda sudah selesai partition. Lihat My Computer untuk pengesahan. (Lihat partition K saya sudah diwujudkan..)
Rajah 12. (Klik untuk besarkan)

Semoga berjaya.. :)

Baca selanjutnya..

Cara membuat partition Hard Disk 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebenarnya, entri ini sudah lama saya berniat hendak tulis. Tetapi disebabkan masa yang mencemburui dan atas sebab-sebab tertentu, hasrat saya terbantut. Walau bagaimanapun, atas permintaan seorang pembaca, saudari Suaibah, yang telah lama bertanya di dalam emelnya, sempat juga saya siapkan malam ini. Maaf ya lambat.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan disk partition dalam windows xp.

Tutorial 1 : Pertama sekali, saya menganggap anda semua sudah menginstall Power Quest Partition Magic. Ikuti langkah berikut untuk install :

1. Klik 2 kali kat setup.
2. Klik Next
3. Untuk Licence Agreement ini, scroll sampai ke bawah (sebagai syarat saja) dan klik Yes.
4. Pilih destinasi untuk install, dan klik next.
5. Tandakan Typical dan klik Next.
6. Klik Next lagi, dan Partiton Magic akan diinstall.
7. Pilih sama ada untuk membuat disket keselamatan. Walau bagaimanapun, jika tiada disket pun tidak mengapa. Cuma dikuatiri sesuatu berlaku sahaja.
8. Klik Finish.


Tutorial 2 : Ok. Sekarang langkah berikutnya. Saya anggap anda sudah mempunyai lesen untuk perisian tersebut. Jika anda menggunakan keygen, sila ikut langkah berikut :

Langkah 1 : Buka Partition Magic, anda akan dapat lihat seperti dalam Rajah 1. Klik General -> Activate Product..


Rajah 1. (Klik untuk besarkan)

Langkah 2 : Buka fail keygen anda. Salin Serial Number dari "Keygen" anda dan paste ke bahagian Serial Number di Activate Product tersebut. (Rujuk rajah 2.)

Rajah 2. (Klik untuk besarkan)

Langkah 3 : Klik Automatik pada window "Activate Product" anda. Kemudian pilih "Manual".

Langkah 4 : Salin "Installation Code" yang diberi di window "Manual Activation", dan paste ke bahagian Installation Code "Keygen" anda. Kemudian klik generate. (Rujuk Rajah 3.)

Rajah 3. (Klik untuk besarkan)
Langkah 5 : Salin "Activation Code" yang telah dijana, dan paste ke bahagian "Activation Code" di Manual Activation. (Rujuk Rajah 4.)

Rajah 4. (Klik untuk besarkan)

Langkah 6 . Siap. Anda telah mempunyai perisian yang berfungsi sepenuhnya.

Bersambung untuk Tutorial 3 - Cara membuat partition hard disk.

Baca selanjutnya..

Cara senaraikan fail yang terdapat dalam sesuatu folder


Video cara menyenaraikan fail dalam satu notepad

Hai semua,

Jika anda mempunyai satu folder yang penuh fail-fail anda dan anda perlu senaraikan nama untuk setiap fail tersebut, adalah melecehkan jika terpaksa menyalin satu persatu. Namun, terdapat cara yang amat mudah untuk menyenaraikan nama fail-fail tersebut. Ikuti video berikut untuk menyalin nama fail ke dalam satu fail teks iaitu notepad.

Antara command atau sintaks lain yang boleh digunakan untuk senaraikan fail adalah :
Asas : [drive letter]:\[folder] > [nama fail.txt]
Tambahan :
/a - senaraikan mengikut attribut tertentu
/b - menggunakan format asas (tiada maklumat atau summary dimasukkan)
/c - memaparkan tanda koma untuk ribuan.
/d - fail disenaraikan mengikut kolum
/l - menggunakan huruf kecil semua.
/o - memaparkan fail mengikut susunan tertentu
/q - memaparkan owner fail tersebut
/s - memaparkan fail dalam direktori tertentu dan semua subdirektori
/t - memaparkan fail mengikut susunan masa sama ada tarikh dicipta, modify, last akses
/w - fail disenaraikan mengikut kolum

Ok.

Baca selanjutnya..

Kawal komputer atau bercakap dengan rakan menggunakan Windows NetMeeting



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tahukah anda, dalam suatu network, anda boleh bercakap menggunakan mikrofon komputer dengan rakan anda pada tempat yang berlainan (macam audio conference).

Itu satu, kedua, anda juga boleh mengambil alih komputer rakan anda di sana. Mouse dan keyboardnya berada dalam kawalan dari tempat anda sendiri. Tidak perlu perisian tambahan jika komputer di hadapan anda dan rakan anda mempunyai sistem pengoperasian WindowsXp. (WindowsVista saya kurang pasti). Anda cuma perlu menggunakan Windows NetMeeting (yang telah sedia ada dalam sistem anda). Bagi yang tiada boleh memuat turun di sini.

Selain itu anda juga boleh berkongsi fail dengan rakan anda. Anda juga boleh menggunakan perisian paint seperti whiteboard untuk berkongsi buah fikiran jika anda bersidang dengan rakan anda.

Cara untuk aktifkannya mudah sahaja :

  1. Klik Start -> Run..
  2. Taip conf dan klik open.
  3. Kemudian klik Next.
  4. Kemudian masukkan nama anda dan email sahaja (email tipu pun tidak mengapa).

Contoh :

  1. Untuk skrin seterusnya, jangan tandakan 2 option tersebut, cuma klik Next sahaja.

Contoh :

  1. Kemudian pilih Local Area Network dan klik Next.
  1. Next lagi.
  2. Pilih Recording atau Playback yang anda mahu. Jika tiada, biarkan sahaja. Klik Next.
  3. Klik Test pada volumn. Jika langkah sebelumnya tiada device, biarkan sahaja. Klik Next.
  4. Klik Finish.


Cara nak menggunakannya pun mudah sahaja:


Langkah-langkahnya :

  1. Klik Start -> Run.. -> conf (pada ruangan open).
  2. Taip IP rakan anda di ruangan sebelah ikon telefon itu untuk mendail komputer rakan anda. Rujuk huruf A pad rajah. Pastikan juga komputer rakan anda turut mengaktifkan NetMeeting ini.
  3. Nama rakan anda akan terpapar di B jika dia menerima panggilan anda dengn menekan ”Accept”.
  4. Kemudian klik sama ada untuk C, D, E, F.

C : Berkongsi program (membolehkan anda mengawal komputer)

D : Berchatting.

E : Berkongsi whiteboard atau paint.

F : Menghantar (atau menerima) fail.

  1. Untuk D,E,F, saya rasa tiada masalah. Tapi untuk C, sila baca berikut :

Selepas klik C, akan keluar satu window. Tandakan Desktop, klik Share. Kemudian klik ”Allow Control”. Kemudian pada skrin rakan anda akan terpapar desktop anda. Suruh beliau mengklik File -> Request Control.

Kemudian, skrin anda akan terpapar sesuatu. Klik sahaja ”Allow”.

  1. Siap.

Semoga berjaya mencuba.


Baca selanjutnya..

Tukar nama dan syarikat pada System Properties

system properties saya

Selamat malam pembaca sekalian,

Anda boleh menukar nama anda dan syarikat pada System Properties seperti yang saya lakukan pada imej di atas dengan cara yang mudah. Lihat nama saya : DeKaN dan Organisasi : SEC Corps yang saya ubah. Cuma pakai Registry Editor sahaja.

Langkahnya seperti berikut :

  1. Klik Start -> Run..
  2. Taip regedit dan klik open.
  3. Cari registry seperti alamat berikut :

Edit registry di sini

  1. Kemudian cari RegisteredOrganization, klik kanan -> Modify-> masukkan apa-apa nama untuk syarikat anda -> Ok.
  2. Kemudian cari RegisteredOwner, klik kanan -> Modify -> Masukkan nama anda -> Ok.
  3. Siap.

Cuba lihat hasilnya di System Properties anda :

Start -> Control Panel -> System.

Selamat mencuba.


Baca selanjutnya..

Buat disket untuk reset password komputer anda



Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika anda menggunakan Windows XP Professional sebagai local user dalam suatu workgroup, anda boleh membuat satu disket untuk reset kata laluan anda. Ia berguna ketika anda terlupa akan kata laluan anda sendiri. Untuk membuat disket tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :

Langkah-langkah untuk membuat disket yang reset kata laluan (password):

1. Klik Start --> Control Panel --> User account.

2. Klik nama akaun anda.

3. Di bawah "Related Task", klik "Prevent a forgotten password".

4. Ikut arahan dalam wizard Forgotten Pssword tersebut untuk membuat disket anda.

5. Selepas selesai, simpan disket tersebut di tempat yang selamat kerana sesiapa sahaja boleh mengakses akaun anda jika menggunakan disket tersebut.

Selamat mencuba. [via freepctech.com]

Baca selanjutnya..

Pastikan komputer anda ada : Senarai Perisian Asas

Salam hormat pembaca sekalian,

Selepas komputer diformat dengan Windows XP, berikut adalah perisian asas yang perlu ada bagi setiap komputer. Saya akan sentiasa update page ini dari semasa ke semasa. Pastikan anda telah mempunyai perisian berikut untuk kemudahan anda. :)

Latest Update : 22/11/2007


Perisian Pemproses Dokumen :
Microsoft Office - Microsoft Word, MS Powerpoint, MS Excel,
Adobe Acrobat Reader - PDF reader


Perisian Pengedit Imej :
Adobe Photoshop
Adobe Image Ready


Perisian 'Burn' ke CD/DVD :
Nero Burning


Perisian Player MP3 :
WinAMP


Perisian Mampatan Fail (ZIP dan RAR) :
WinZIP
WinRAR


Perisian Player Video :
Cyberlink Power DVD
K-Lite Codec Pack


Perisian Internet :
Mozilla Firefox
Yahoo Messenger


Perisian Antivirus :
AVG Free Edition


Continue Updating.. Check back in time period.
Saya akan sentiasa update.. Datang kembali bila-bila masa nanti.

Baca selanjutnya..

Hilangkan anak panah shortcut pada desktop



Selamat petang pembaca sekalian,

Pernahkah anda perhatikan ikon-ikon di desktop anda penuh dengan tanda anak panah. Kadang-kadang ia tampak tidak kemas dan cantik pada desktop anda itu. Maka, pada hari ini saya akan ajar sedikit petua untuk menghilangkan arrow shortcut tersebut. Anda tidak perlu risau mempraktikkannya kerana ia tidak akan mengganggu sistem dalam komputer anda. :)


Berikut adalah cara untuk menghilangkan anak panah shortcut pada desktop anda:

1. Klik Start -> Run..
2. Taip "regedit" pada kotak Open.
3. Buka folder satu persatu mengikut aturan berikut :

My Computer\ HKEY_CLASSES_ROOT \ lnkfile ( lnkfile = LNKFILE)

4. Pada bahagian kanan anda akan nampak registry IsShortcut.
5. Klik kanan pada IsShortcut, dan pilih Delete. (Jangan risau, sistem anda tidak akan rosak.)
6. Keluar dari regedit dan restart komputer anda untuk keberkesanan sepenuhnya.
7. Lihat tanda anak panah ikon shortcut anda telah hilang. :)

Banyak lagi tip-tip akan menanti. Jumpa lagi..

Baca selanjutnya..

Tukar teks pada bar tajuk (Title Bar) Internet Explorer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Anda boleh menukar teks pada bar tajuk internet explorer anda kepada apa sahaja. Kegunaannya cuma untuk hiburan sahaja dan mungkin anda boleh menunjuk-nunjuk kepada rakan. :p Ia akan kelihatan seperti ini :



Ikut langkah-berikut untuk melakukan seperti di atas :

1. Mula-mula, klik Start -> Run..
2. Taip "regedit" (tanpa " ") dalam ruangan Open. Klik Ok.
3. Klik ikut aturan folder-folder berikut :

My Computer/ HKEY_CURRENT_USER/ Software/ Microsoft/ Internet Explorer/ Main

4. Klik kanan dalam ruangan kanan, pilih New -> String Value.
5. Letakkan teks pendek yang anda mahu. (Contohnya mywindowsxp.blogspot.com seperti di atas.)
6. Klik Ok.
7. Buka Internet Explorer dan lihat hasilnya.

Selamat Mencuba.

Baca selanjutnya..

Cara nak membesar atau mengecilkan saiz sebarang gambar dengan mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi,




Imej dari ke 2.63MB dikecilkan ke 42.8 kB ==>





Jika anda mempunyai gambar digital, sama ada gambar daripada handset ataupun kamera digital, anda mungkin mahu mengubah saiznya, mengecil atau membesarkannya. Dengan perisian khas dari Microsoft yang dinamakan PowerToys, pengubahan saiz sebarang gambar dapat dilakukan dengan mudah.

Ikuti langkah-langkah berikut:


Langkah 1 : Muat turun perisian Image Resizer daripada website Windows.

1. Pergi ke Microsoft.com dan cari PowerToys atau klik sini.
2. Klik ImageResizer.exe pada ruangan bahagian kanan.
3. Apabila anda di'prompt' untuk memuat turun fail tersebut pilih Save. Pilih lokasi dalam komputer anda.
4. Seterusnya biarkan perisian itu habis dimuat turun.


Langkah 2 : Menginstall aplikasi Image Resizer

1. Buka folder di mana anda simpan perisian yang dimuat turun tadi.
2. Seterusnya klik 2 kali untuk install.
3. Seterusnya klik "Next" sehingga anda berjumpa "Finish".
4. Klik "Finish" untuk selesai install.


Langkah 3 : Besar atau kecilkan saiz gambar anda.


1. Buka mana-mana folder yang mengandungi gambar yang anda ingin mengubah saiz.
2. Tandakan imej tersebut, dan klik kanan. (Anda boleh menanda seberapa banyak imej sekaligus.)
3. Seterusnya, klik "Resize Pictures".
4. Kemudian, satu window kecil memaparkan pilihan imej untuk diubah saiz.
5. Pilih saiz mengikut pilihan anda, sama ada kecil (resolusi 640 x 480) hingga besar (1024x 760).
6. Klik Ok.
7. Imej baru akan terhasil pada dalam folder yang sama.


Sekian, selamat mencuba!

Baca selanjutnya..

Setting 3G HP sebagai modem guna Laptop

Selamat pagi pembaca budiman sekalian,

Nokia N95 (contoh HP 3G)


Topik kali ini saya rasa amat unik dan mungkin anda semua boleh mencubanya. Terdapat dua cara untuk menggunakan telefon 3G anda mengakses ke internet. Fisrt, dengan menggunakan Bluetooth Hp dan Blutooth Laptop anda. Second, dengan menggunakan USB Cable yang khas untuk handphone anda ke laptop/komputer.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan ceritakan tentang cara yang pertama tadi sahaja iaitu menggunakan Bluetooth. Langkah2 di bawah mungkin berlainan bagi setiap telco (maxis, celcom) dan model telefon, tapi at least anda akan mendapat sedikit idea tentang cara setup 3G HP sebagai modem.

Langkah 1 : 'On'kan Bluetooth pada Hp anda.
Pada HP 3g anda, pergi ke bahagian Setting -> Menu -> Connections, dan klik ikon Bluetooth. Setkan juga phone's visibility ke “Show to all”. Seterusnya, namakan juga telefon anda di Preference, bahagian "Your Phone's Name".

Langkah 2 : Setup Bluetooth pada laptop anda

1. Klik Start -> Control Panel -> Bluetooth Devices. Klik Add... Seterusnya akan terpapar Add Bluetooth Device Wizard.

2. Tandakan “My device is set up and ready to be found” dan klik Next.

3. Wizard akan mencari device Bluetooth yang available dan dipaparkan mengikut susunan. Sekarang, pilih device yang baru di jumpai itu dan klik Next.

4. Anda akan menjumpai skrin Passkey Setup. Sila tandakan “Let me choose my own passkey dan masukkan apa2 passkey anda (seolah2 password) dan klik Next.

5. Anda akan melihat device Bluetooth anda diinstall. Setelah selesai, anda akan ditanya, “Add to My devices?", klik Yes. Masukkan Passkey yang sama dalam langkah 4 tadi, dan klik OK. Instal Bluetooth akan bersambung.

6. Klik Finish untuk habiskan wizard Add Bluetooth Device.

Langkah 3 : Setup New Connection pada Laptop anda.

1. Pergi ke Control Panel -> Network Connections, pada panel kiri, klik Create a new connection.

2. Anda akan melihat New Connection Wizard window, klik Next.

3. Terdapat beberapa option untuk connection, sila pilih Connect to the Internetdan klik Next.

4. Kemudian pilih "Set up my connection manually" dn klik Next.

5. Pilih "Connect using a dial-up modem" dan klik Next.

6. Pada skrin Device selection, pilih Modem – Bluetooth DUN Modem (COM21), dan klik Next.

7. Masukkan nama ISP dan klik Next.

8. Masukkan no telefon ISP. Dalam kes ini saya gunakan Maxis, *99#. Kemudian, klik Next.

9. Untuk Connection Availability, tandakan Anyone dna klik Next.

10. Masukkan username dan password anda, serta confirmkan password. Klik Next.

11. Seterusnya, tandakan “Add a shortcut to this connection to my desktop”, dan akhir sekali klik Finish.


Tahniah anda baru sahaja setup HP 3G anda sebagai modem laptop. Seterusnya anda boleh gunakan internet anda seperti biasa selepas mendail connection.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Baca selanjutnya..

Cara memformat pc dan menginstall OS windows xp

[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]

Langkah 1 :

Buat backup semua data yang penting sebelum operasi format dilakukan. Selepas format, semua data yang ada dalam drive tersebut akan hilang. Oleh itu, backup adalah penting. Sama ada ke partition lain dalam hard disk atau pendrive anda.

Langkah 2:

Sekarang ready untuk formatkan PC anda. Langkah seterusnya akan memformat pc anda sepenuhnya. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai CD Windows XP yang original yang terdapat di pasaran.

Langkah 3:

Sekarang offkan pc anda. Sekarang ready untuk format : 'On'kan semula pc anda. Sebaik sahaja pc anda start, masukkan CD Windows XP ke dalam CD/ DVD drive anda. Tunggu sehingga keluar arahan "Press any key to boot from CD..".

(Jika arahan tidak keluar kemungkinan komputer anda tidak di seting CD ROM sebagai first drive. Untuk mengatasinya, restart semula komputer dan masuk BIOS mode dengan menekan kekunci yang sepatutnya. Kemudian cari setting Boot Order untuk BIOS komputer anda dan pilih CDROM sebagai Boot yang pertama. Sekarang save dan exit BIOS. Mulakan langkah 3 semula.)




Langkah 4:

Nanti akan kuar skrin biru.. Biarkan windows anda begitu. Itu tandanya ia sedang loading file. Sehingga kuar mesej beberapa option, pilih Press ENTER to set up Windows XP.”




Langkah 5:

Akan keluar "Licence agreement". Tekan F8 untuk teruskan intallation.

Langkah 6:

Jika anda ada install windows xp sebelum ini, akan kuar mesej untuk Repair dengan menekan "R". Tapi saya cadangkan jangan tekan kerna ia cuma overwrite windows yang ada dan bukan format seperti biasa. jadi tekan "Esc".

Langkah 7 :

(Abaikan langkah 7 jika hard disk anda adalah hard disk baru.) Di sini anda dapat lihat partition yang ada dalam komputer anda. Pilih partition yng mengandungi OS, selalunya C:, dan tekan "L" untuk delete partition. Skrin seterusnya membawa anda untuk pengesahan delete partition tersebut. Tekan kekunci yang mana berkenaan untuk YES. (Saya x ingat.. huhu..)

Langkah 8 :

Sekarang partition C anda adalah Unpartitional space. Tekan Enter untuk install. Seterusnya, pilih "Format the partition using the NTFS file system".




Langkah 9 :

Hard disk anda akan diformat. Kemudian komputer anda akan di restart. Perhatian: Apabila komputer anda restart, jangan tekan apa-apa kekunci semasa keluar : Press any key to boot from CD..". Installation sebenarnya belum tamat lagi. Kemudian windows akan teruskan installation seperti biasa.

Langkah 10 :

Pada suatu ketika, installation akan kuar "Regional and Language Options". Klik customize dan pilih location : Malaysia. Kemudian, klik "Next".




Langkah 11 :

Letak nama anda dan organisasi. Apa-pa pun boleh.




Langkah 12 :

Masukkan Windows XP serial number. Ia terdapat pada kotak CD anda. (Atau atas kertas casing cd jika bukan yang ori..)



Langkah 13:

Namakan komputer anda. Letakkan password pada administrator jika perlu. Saya cadangkan tidak perlu jika komputer tersebut adalah komputer public di rumah.




Langkah 14:

Pilih masa dan tarikh. Pastikan Time Zone anda tepat juga iaitu Malaysia/Kuala Lumpur : GMT+0800.




Langkah 15:

Untuk setting Network cuma pilih Typical Setting dan klik Next untuk windows seterusnya.



Langkah 16:

Installation akan diteruskan. Kemudian komputer akan restart semula. Wizard untuk activate windows akan keluar. Pada masa ini, cuma pilih "Skip" sahaja. Kemudian pilih NO untuk register pada website microsoft.



Langkah 17 :

Tahniah! Anda baru sahaja berjaya menginstall windows XP.

Jangan lupa selepas anda berjaya masuk ke komputer terdpat beberapa perkara lagi yang anda kena lakukan seperti :
  • activate windows anda (jika original Windows XP).
  • install motherboard driver dan graphic card driver (jika pakai) serta lain2 driver yang perlu
  • install antivirus
  • install ms office (penting untuk anda menaip)
  • install software2 lain yang berkaitan seperti WinAmp, WinZip, WinRar, Audio ngan viseo codec dan lain2 lagi.
Semoga berjaya. :)

[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]

Baca selanjutnya..