Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Virus. Show all posts
Showing posts with label Virus. Show all posts

'Show Hidden Files and Folder' rosak atau error

"Show Hidden Files and Folder"

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk 'Show Hidden Files and Folders' di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda 'Show hidden Files and Folders' dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, 'Show hidden Files and Folders' kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada 'erorr' tersebut.


Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)
Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada 'checkedValue'. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci 'CheckedValue' dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula 'Show Hidden Files and Folders'. Sepatutnya dah ok.


Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya

1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly's corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.
Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.

Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq. :)

Baca selanjutnya..

Komputer terkena malware storageprotector.com

Malware yang menyerang komputer saya

Assalamualaikum,

Maaf pembaca sekalian kerana tidak sempat kemaskini entri sejak akhir-akhir ini. Ada sedikit masalah yang saya hadapi di sini. Yang terkompleks sekali mungkin disebabkan satu malicious ware (skrip yang jahat) yang menyerang komputer saya baru-baru ini.

Malware atau spyware ini mengeluarkan satu arahan palsu di taskbar saya seperti gambar di atas. Selain daripada itu, ia juga mengeluarkan ikon Windows Update di desktop saya yang jika diklik akan membawa saya ke laman web storageprotector.com.

Pada laman web tersebut, terdapat kononnya perisian untuk memulihkan virus itu. Jangan percaya, ini semua palsu belaka. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian jangan sesekali install perisian tersebut. :)

Antara simptom yang dihadapi oleh komputer saya sekarang ialah :

1. Ikon bubble amaran di taskbar sering muncul ("A Critical error could occur")
2. Komputer saya menjadi lembab (slow).
3. Processing CPU di Task Manager saya adalah 100% pada ketika tertentu.
4. Munculnya proses baru di task manager iaitu 'windows' (huruf kecil).

Fuh.. agak letih nak membasmi malware atau spyware tersebut. Macam kurang efektif pula. Saya dahulu pernah kena sebegini, tetapi dengan mudahnya menggunakan perisian smitrem. Sekarang macam tidak boleh pula.

Jadi, kalau worst comes to worst, mungkin terpaksa format dahulu windows xp saya itu. :( Ok. Siapa ada jalan penyelesaian boleh juga beritahu saya. BTW, Hijackthis tidak jumpa proses malware itu.

Sekarang sedang menggunakan uBuntu untuk masuk internet. Hehe.. Sekian.

Baca selanjutnya..

Antivirus dan link sumber fail kemaskini definisi virus


Selamat petang semua,

Entri dibuat khas untuk rakan tempat saya bekerja dahulu yang bertanyakan tempat atau laman web memuat turun definisi virus atau update untuk antivirus yang dipakai beliau. Malangnya beliau tidak memberitahu antivirus apa yang dipakai. Tapi tidak mengapa. :)

Di sini juga sya letakkan link untuk antivirus online-scanning yang boleh anda gunakan untuk mengimbas komputer anda secara online.

Berikut adalah senarai antivirus dan tempat memuat turun kemaskinian virus tersebut :



Antivirus

Kemaskini (Updater)

Pengimbas online

1.

AVG Antivirus

(.bin extension)

AVG website

Softpedia website

Tiada

2.

McAfee

(.dat extension)

McAfee Security Updates

McAfee SuperDAT Updates

Ada

3.

Kaspersky

(.zip extension)

Kaspersky website

Softpedia Website

Ada

4.

Avira Antivir

(VDF in.zip)

Avira website

Softpedia Avira Desktop

Tiada

5.

Avast

(VpsUpd.exe extension)

Avast website

Ada

6.

Norton Antivirus

(.exe extension)

Norton - English

Ada

7.

Sophos

(IDE in .zip)

Sophos website

Tiada

8.

Bit Defender

(.exe and .zip extension)

Bit Defender website

Softpedia Website

Ada

9.

ESET Nod32

Tiada update secara manual disediakan secara rasmi.

Langkah update manual

Ada

10.

Trend Micro (PC-Cillin)

(.tar and .zip extension)

Trend Micro website

Softpedia website

Ada

11.

F-Secure

(.exe and .zip extension)

F-secure website

Ada

12.

CA Antivirus

CA website

Ada

13.

Panda Antivirus

(.zip extension)

Panda website

Softpedia website

Ada

S : Saya hendak pakai antivirus, tapi tidak tahu yang mana satu?

J : Semua antivirus mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Untuk antivirus yang standard yang percuma, saya cadangkan AVG Free Edition sahaja. Jika anda ingin panduan 10 terbaik antivirus, boleh lawat di website toptenreviews.com atau klik sini sahaja.

Selamat mengemaskini antivirus anda.

Baca selanjutnya..

Cara buat virus yang mudah untuk PC

Assalamualaikum,

Adakah anda teringin membuat virus? Adakah anda tidak tahu sebarang bahasa pengaturcaraan? Adakah anda hendak mengenakan rakan sepejabat? Jika jawapan anda YA bagi ketiga-tiga soalan di atas, maka saya ada satu benda menarik untuk anda.

Saya terjumpa satu perisian yang menarik di internet yang boleh anda gunakan untuk melakukan tugasan di atas. Tapi hati-hati jika anda cuba mengenakan rakan anda yang panas baran ataupun bos anda yang akan tidak semena-mena memecat anda. :)


Langkah pertama : Muat turun perisian.

Muat turun perisian berikut - JPS Virus Maker 2.0 di sini. ( Saiz : 290kB)


Langkah Kedua : Matikan sebarang servis antivirus untuk seketika.

Matikan sebarang servis antivirus untuk seketika. Sama ada komputer mangsa memakai perisian antivirus sama ada Norton, Mc Afee, Avast, AVG dan lain-lain lagi, anda perlu mengkonfigurasikan supaya servis tersebut berhenti hanya untuk seketika.


Langkah Ketiga : Konfigurasikan virus anda.

  1. Extract perisian virus tersebut di desktop anda.
  2. Klik 2 kali pada JPS.exe
  3. Pilih sifat virus anda mengikut spesifikasi yang ada pada ruangan Virus Option. (Hati-hati dengan pilihan anda. Ia mungkin membahayakan sistem komputer mangsa.)
  4. Pada bahagian bawah, Pilih Name After Install yang sama seperti Server Name anda. Contoh :
  5. Kemudian klik Create Virus.


Langkah Ke-empat : Restart komputer mangsa.

Ini adalah pilihan sahaja. Untuk keberkesanan sepenuhnya, anda kenalah memulakan semula komputer si mangsa. [ Start -> Turn Off Computer -> Restart ]


Langkah Istimewa :

Untuk mematikan semula virus tersebut bukanlah susah sangat. Tetapi keberkesanannya adalah risiko sendiri ya. :p

  1. Mula-mula buka task manager [Ctrl + Alt + Del ], pergi ke tab Process, hightlight csmm.exe. Kemudian klik End Process.
  2. Kemudin cari Folder ‘System32’ di : [ My Computer -> C:\ -> Windows -> System32. ]
  3. Cari nama fail ‘csmm’ dan delete fail tersebut.
  4. Restart komputer tersebut.

P/S : Anda boleh mencubanya atas risiko sendiri ya. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan. :)


Selamat Mencuba!


Baca selanjutnya..