Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Sistem Pengoperasian. Show all posts
Showing posts with label Sistem Pengoperasian. Show all posts

Ubuntu dalam Bahasa Melayu

Logo Rasmi Ubuntu

Pembaca yang dihormati,

Anda pernah dengar Linux? Anda tahu apa itu Ubuntu? Ubuntu adalah salah satu daripada Sistem Pengoperasian (OS) Linux. Apa pula beza Ubuntu dengan Microsoft Windows? Apa itu sumber terbuka? Susah atau tidak menggunakan Ubuntu ini? Sejauh mana perkembangan Ubuntu atau Linux ini pada masa akan datang?

Jika anda mempunyai pelbagai persoalan di atas dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu ini, anda boleh ke :

1.ubuntuforums.org
Forum terbesar Ubuntu di dunia (dalam Bahasa Inggeris). Sebarang masalah atau pertanyaan yang anda terfikir sekarang sudah pun ada jawapannya di sana.

2.ubuntu.com.my
Komuniti rasmi Ubuntu untuk komuniti di Malaysia. Forumnya yang sedang berkembang dari semasa ke semasa mempunyai pelbagai topik menarik seperti hardware, software, security, server, dan lain-lain lagi.

3.melayubuntu.blogspot.com
Weblog Bahasa Melayu yang sentiasa dikemaskini. Diolah dengan gaya bahasa yang mudah, puitis dan sedap dibaca, weblog ini menjadi pilihan saya. Terdapat banyak perkembangan tentang Ubuntu dan maklumat yang berguna yang akan membuatkan anda tertarik untuk mempraktikkannya.

4. Weblog-weblog Ubuntu dalam Bahasa Melayu lain yang sedang berkembang - www.ganux.com, www.iamnewbie.net, ubuntubm.wordpress.com, dan lain-lain lagi (tolong inform saya kalau ada tambahan ya).

Well, are U 'buntu'? Not anymore.. :)

Baca selanjutnya..

Ubuntu Muslim Edition (ME) OS untuk muslim


Salam sejahtera Pembaca,

Dilengkapi dengan software yang islamik, (masa bersolat, alatan membaca al-Quran, penapis laman web dan lain-lain perisisan islamik lagi) Ubuntu Muslim Edition (ME) sesuai untuk digunakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ubuntu Muslim Edition ini telah berada di pasaran sejak Oktober 2007 lagi.

Apa itu Ubuntu?
Ubuntu ialah edaran (distribution) Linux yang popular, direkabentuk agar dapat memberi cabaran kepada Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang digunakan dengan meluas.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai perisian ini :

UbuntuME | Muat turunUbuntuME| Gambar-gambar Ubuntu ME


Selain itu terdapat saya terjumpa satu artikel menarik bertajuk "Ubuntu ME dari sudut pandangan seorang Kristian".


Sekian.

Baca selanjutnya..

Cara memformat pc dan menginstall OS windows xp

[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]

Langkah 1 :

Buat backup semua data yang penting sebelum operasi format dilakukan. Selepas format, semua data yang ada dalam drive tersebut akan hilang. Oleh itu, backup adalah penting. Sama ada ke partition lain dalam hard disk atau pendrive anda.

Langkah 2:

Sekarang ready untuk formatkan PC anda. Langkah seterusnya akan memformat pc anda sepenuhnya. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai CD Windows XP yang original yang terdapat di pasaran.

Langkah 3:

Sekarang offkan pc anda. Sekarang ready untuk format : 'On'kan semula pc anda. Sebaik sahaja pc anda start, masukkan CD Windows XP ke dalam CD/ DVD drive anda. Tunggu sehingga keluar arahan "Press any key to boot from CD..".

(Jika arahan tidak keluar kemungkinan komputer anda tidak di seting CD ROM sebagai first drive. Untuk mengatasinya, restart semula komputer dan masuk BIOS mode dengan menekan kekunci yang sepatutnya. Kemudian cari setting Boot Order untuk BIOS komputer anda dan pilih CDROM sebagai Boot yang pertama. Sekarang save dan exit BIOS. Mulakan langkah 3 semula.)




Langkah 4:

Nanti akan kuar skrin biru.. Biarkan windows anda begitu. Itu tandanya ia sedang loading file. Sehingga kuar mesej beberapa option, pilih Press ENTER to set up Windows XP.”




Langkah 5:

Akan keluar "Licence agreement". Tekan F8 untuk teruskan intallation.

Langkah 6:

Jika anda ada install windows xp sebelum ini, akan kuar mesej untuk Repair dengan menekan "R". Tapi saya cadangkan jangan tekan kerna ia cuma overwrite windows yang ada dan bukan format seperti biasa. jadi tekan "Esc".

Langkah 7 :

(Abaikan langkah 7 jika hard disk anda adalah hard disk baru.) Di sini anda dapat lihat partition yang ada dalam komputer anda. Pilih partition yng mengandungi OS, selalunya C:, dan tekan "L" untuk delete partition. Skrin seterusnya membawa anda untuk pengesahan delete partition tersebut. Tekan kekunci yang mana berkenaan untuk YES. (Saya x ingat.. huhu..)

Langkah 8 :

Sekarang partition C anda adalah Unpartitional space. Tekan Enter untuk install. Seterusnya, pilih "Format the partition using the NTFS file system".




Langkah 9 :

Hard disk anda akan diformat. Kemudian komputer anda akan di restart. Perhatian: Apabila komputer anda restart, jangan tekan apa-apa kekunci semasa keluar : Press any key to boot from CD..". Installation sebenarnya belum tamat lagi. Kemudian windows akan teruskan installation seperti biasa.

Langkah 10 :

Pada suatu ketika, installation akan kuar "Regional and Language Options". Klik customize dan pilih location : Malaysia. Kemudian, klik "Next".




Langkah 11 :

Letak nama anda dan organisasi. Apa-pa pun boleh.




Langkah 12 :

Masukkan Windows XP serial number. Ia terdapat pada kotak CD anda. (Atau atas kertas casing cd jika bukan yang ori..)



Langkah 13:

Namakan komputer anda. Letakkan password pada administrator jika perlu. Saya cadangkan tidak perlu jika komputer tersebut adalah komputer public di rumah.




Langkah 14:

Pilih masa dan tarikh. Pastikan Time Zone anda tepat juga iaitu Malaysia/Kuala Lumpur : GMT+0800.




Langkah 15:

Untuk setting Network cuma pilih Typical Setting dan klik Next untuk windows seterusnya.



Langkah 16:

Installation akan diteruskan. Kemudian komputer akan restart semula. Wizard untuk activate windows akan keluar. Pada masa ini, cuma pilih "Skip" sahaja. Kemudian pilih NO untuk register pada website microsoft.



Langkah 17 :

Tahniah! Anda baru sahaja berjaya menginstall windows XP.

Jangan lupa selepas anda berjaya masuk ke komputer terdpat beberapa perkara lagi yang anda kena lakukan seperti :
  • activate windows anda (jika original Windows XP).
  • install motherboard driver dan graphic card driver (jika pakai) serta lain2 driver yang perlu
  • install antivirus
  • install ms office (penting untuk anda menaip)
  • install software2 lain yang berkaitan seperti WinAmp, WinZip, WinRar, Audio ngan viseo codec dan lain2 lagi.
Semoga berjaya. :)

[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]

Baca selanjutnya..