Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Cara hilangkan tanda highlight pada start menu

Start Menu yang dihighlight.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selepas anda selesai menginstall sesuatu perisian, pastinya anda akan melihat item perisian tersebut akan di'highlight' pada 'start menu' anda. Seperti gambar di atas, highlight tersebut tidak akan hilang sehingga anda mengklik item tersebut. Jika anda menginstall perisian dengan banyak sekaligus, kadangkala highlight tersebut nampak agak mengganggu.

Berikut ialah cara untuk menghilangkan highlight tersebut:

1. Start -> Control Panel.
2. Pilih 'Switch to Classic View' jika anda dalam 'Category view'.
3. Klik 2 kali pada ikon 'Taskbar and Start Menu'.
4. Satu window akan terpapar seperti dalam rajah.

Taskbar dan Start Menu Properties

5. Klik pada Tab 'Start Menu'.
6. Klik 'Customize..' pada sebelah menu Start Menu.
7. Window Customize Start Menu akan terpapar. Klik pada Tab 'Advanced'.

Customize Start Menu

8. Hilangkan tanda pada 'Highlight newly installed programs'.
9. Klik OK.
10. Klik Apply. Dan OK.
11. Sekarang anda dapat lihat tiada lagi highlight untuk start menu item yang baru diinstall. Tahniah..

Selamat mempraktik.

No comments: