Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Email. Show all posts
Showing posts with label Email. Show all posts

Email palsu (hoax) - AOL dan Microsoft bergabung

Hoax - Bill gate is sharing his fortune. (klik untuk besarkan)

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya kerap mendapat email forward yang mempunyai kandungan yang sama seperti di atas. Antara kandungan tersebut menyatakan :


"Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will regret later. Microsoft and AOL are now the largest Inter...

Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and ... "


Mula-mula nampak macam hebat. Tapi mesti anda tidak percaya anda boleh mendapat duit sebegitu kan? Yang sebenarnya, tidak. Anda tidak akan kaya, tetapi mungkin nama di dalam email itu yang akan kaya. :p

Antara bukti yang saya kaji sendiri menunjukkan email itu (dan email-email lain yang seangkatan) adalah palsu (atau scam atau hoax atau tidak betul) seperti berikut:

1. Tiada pun berita tentang hal itu (seperti dinyatakan di dalam email) dan email berkenaan bertarikh dari tahun 2005 lagi.

2. Email tersebut tersenarai sebagai email palsu. Rujukan :

Doshelp.com/scamfraud
scambuster.org

3. Tiada javascript atau script-script tracking yang lain yang boleh digunakan untuk tracking dalam email tersebut untuk menunjukkan anda telah forward berapa ramai.


4. Jika benar boleh microsoft dan aol begitu rajin tracking email tersebut menggunakan html, anda mungkin tidak akan dibayar semudah itu. Semudah satu klik untuk forward 40+ orang, dan angka akan bercambah sehingga berbilion ringgit. Banyaknya duit. Even iklan di blog saya pun cuma rm0.25 untuk satu klik.


5. Adakah anda akan mendapat berbilion-bilion ringgit tanpa memasukkan no akaun anda sekalipun?



Well, anda boleh fikirkan sendiri betul? :) Ok, berhati-hati di internet ini. Jangan mudah tertipu.

Tip: Buat sedikit 'Google-searching' jika anda musykil dengan sesuatu perkara.

Baca selanjutnya..

Cara nak melanggan (subscribe) artikel di sini melalui email

Menggunakan feedburner, anda boleh melanggan artikel ini dan membaca secara terus di email anda. Kepada blogger yang masih baru, cara untuk membuat kotak langganan tersebut terdapat di feedburner.com -> tab Publicize -> Email Subscribtion.

Untuk pembaca sekalian, jika terdapat kotak langganan di mana-mana blog yang menarik bagi anda, anda boleh melanggan terus artikel ke email anda. Mungkin ada di antara anda sudah memasukkan email, tetapi belum mengaktifkan pengesahan untuk langganan itu.

Berikut adalah cara untuk melanggan artikel di sini dan mana-mana blog yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

Langkah 1 : Masukkan email anda di kotak Subscribe
Jika terdapat kotak melanggan melalui email oleh feedburner, sila masukkan email anda di situ. Satu popup akan keluar untuk memberitahu anda untuk mengaktifkannya melalui email anda.

Langkah 2 : Periksa email anda
Satu email pengesahan akan dihantar ke email anda. Yang saya pasti, tajuk Subject pada email itu adalah nama blog tersebut. Manakala sender adalah emailenfuengo.net. Baca email tersebut.

Langkah 3 : Klik pada link yng diberi.
Terdapat link untuk pengesahan didalam blog itu. Klik pada alamat tersebut untuk teruskan pengesahan. Anda juga boleh memilih untuk menyalin dan menampal alamat url tersebut di browser anda sebagai alternatif lain.

Langkah 4 : Selesai.
Pada hari-hari berikutnya, anda akan menerim email daripada blog tersebut di mailbox anda jika terdapat sebarang pos. :)

Sekian. Terima kasih.

Baca selanjutnya..

Undisclosed Recipent untuk menutup penerima email anda

Hai pembaca sekalian,

Tahukah anda cara membuat Undisclosed Recipient? Undisclosed Recipient membuatkan semua email penerima anda dighaibkan atau ditutup. Cuba lihat contoh di bawah:

Triknya senang sahaja. Ikuti tutorial di bawah untuk membuat Undisclosed Recipient:

  1. Buka email anda.
  2. Pada bahagian To : Anda letakkan “Undisclosed Recipient” email_anda@email_service.com
  3. Kemudian, buka bahagian BCC (Blind Carbon Copy) dan taip semua email yang anda hendak hantar.

  1. Taip kandungan email tersebut.
  2. Send.

Selesai. Maka, semua penerima email anda tidak dapat melihat senarai email yang anda kirimkan sesama sendiri melainkan email anda.

Selamat Mencuba.

Baca selanjutnya..

Email : No komen. Haha..

Assalamualaikum and greetings,


Usually, I just browsed through my bulk email box looking for certain email that misfiltered by the service. One lucky day, one thing caught my eyes and I just stop scroll and laughing out loud. Take a look.


Well, no comment. Do we act need a ring to recognize own mother? (unless for certain condition of coz lah..). Lol. Good business subject-title I supposed. :p


[Selalunya, saya akan sambil lalu sahaja melihat kotak bulk email yang disalah tapis oleh servis email Yahoo ni. Tapi ada sekali hari bertuah lak, satu benda saya tertarik membuatkan saya terbehenti seketika. Terkedu, dan tergelak besar lak.

Hehe. Tiada komen. Perlukah sebentuk cincin untuk mengecam mak sendiri? (mungkin boleh juga untuk sesuatu keadaan lah..) Ini tajuk bisnes ni.. Hehe. Bijak..]


Have a nice day. :)

Baca selanjutnya..

Dapatkan email anda : 12 Senarai Teratas Email Percuma..

Hai. Selamat petang semua,


Setiap orang pada masa kini mempunyai email mereka sendiri. Email ini adalah suatu yang peribadi (seolah-olah telefon bimbit anda sendiri) di mana ia mengandungi segala data penting anda dan sebagai medium untuk anda berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia.

Jika anda belum mempunyai email, tidak terlambat untuk anda mendaftar di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti :



1. GMail
GMail adalah pendekatan syarikat Google untuk email dan chat. GMail menawarkan ruang simpanan online yang tidak terhad untuk semua mesej-mesej anda selain mempunyai antaramuka yang mudah dan bijak. GMail juga meletakkan iklan di sebelah email yang anda baca sebagai balasan menggunakan servis percuma mereka.



2. Yahoo! Mail
Yahoo! Mail ialah email yang kepelbagai-gunaan dengan ruang simpanan tidak terhingga serta mempunyai feed berita RSS, kebolehan SMS dan kebolehan mesej-segera (instant message, contohnya Yahoo Messenger) untuk diaktifkan. Yahoo! Mail juga secara umumnya amat menarik digunakan, folder-folder di dalam email boleh dicipta dengan nama sendiri (selain boleh menerima mesej dari orang tertentu dan terus ke folder beliau secara automatik), dan mempunyai tapisan email yang tidak berguna yang amat efektif.


3. Windows Live Hotmail
Windows Live Hotmail ialah servis email yang percuma yang memberi anda 5GB ruang storan online, kebolehan carian pantas, securiti yang mantap dan antaramuka yang mudah seperti program email di desktop. Walau bagaimanapun, Windows Live Hotmail tidak membenarkan pengubahsuaian folder, penapis spam masih boleh diperbaiki dan akses ke POP atau IMAP telah hilang.

Selain tiga di atas berikut adalah laman web yang menawarkan servis email secara percuma juga :

4. Mail.com

5. AIM Mail

6. Inbox.com

7. FastMail

8. Bluebottle

9. BigString.com

10. HotPOP

11. Goowy Mail

12. My way Mail

[via About.com]

Oleh itu, dapatkan email anda sekarang. Kanak-kanak sekarang pun sudah mempunyai email (gunanya untuk mendaftar friendster, saya tahu..) mereka sendiri.

P/S: Ada ke orang yang tak ada email sekarang? Saya rasa terdapat orang dewasa yang belum terdedah dengan teknologi seperti sekarang kerana tidak memerlukan.

Sekian.

Baca selanjutnya..