Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Dapatkan email anda : 12 Senarai Teratas Email Percuma..

Hai. Selamat petang semua,


Setiap orang pada masa kini mempunyai email mereka sendiri. Email ini adalah suatu yang peribadi (seolah-olah telefon bimbit anda sendiri) di mana ia mengandungi segala data penting anda dan sebagai medium untuk anda berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia.

Jika anda belum mempunyai email, tidak terlambat untuk anda mendaftar di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti :



1. GMail
GMail adalah pendekatan syarikat Google untuk email dan chat. GMail menawarkan ruang simpanan online yang tidak terhad untuk semua mesej-mesej anda selain mempunyai antaramuka yang mudah dan bijak. GMail juga meletakkan iklan di sebelah email yang anda baca sebagai balasan menggunakan servis percuma mereka.



2. Yahoo! Mail
Yahoo! Mail ialah email yang kepelbagai-gunaan dengan ruang simpanan tidak terhingga serta mempunyai feed berita RSS, kebolehan SMS dan kebolehan mesej-segera (instant message, contohnya Yahoo Messenger) untuk diaktifkan. Yahoo! Mail juga secara umumnya amat menarik digunakan, folder-folder di dalam email boleh dicipta dengan nama sendiri (selain boleh menerima mesej dari orang tertentu dan terus ke folder beliau secara automatik), dan mempunyai tapisan email yang tidak berguna yang amat efektif.


3. Windows Live Hotmail
Windows Live Hotmail ialah servis email yang percuma yang memberi anda 5GB ruang storan online, kebolehan carian pantas, securiti yang mantap dan antaramuka yang mudah seperti program email di desktop. Walau bagaimanapun, Windows Live Hotmail tidak membenarkan pengubahsuaian folder, penapis spam masih boleh diperbaiki dan akses ke POP atau IMAP telah hilang.

Selain tiga di atas berikut adalah laman web yang menawarkan servis email secara percuma juga :

4. Mail.com

5. AIM Mail

6. Inbox.com

7. FastMail

8. Bluebottle

9. BigString.com

10. HotPOP

11. Goowy Mail

12. My way Mail

[via About.com]

Oleh itu, dapatkan email anda sekarang. Kanak-kanak sekarang pun sudah mempunyai email (gunanya untuk mendaftar friendster, saya tahu..) mereka sendiri.

P/S: Ada ke orang yang tak ada email sekarang? Saya rasa terdapat orang dewasa yang belum terdedah dengan teknologi seperti sekarang kerana tidak memerlukan.

Sekian.

No comments: