Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Tukar domain blogger kepada .com atau .net pada harga RM30+-

Salam sejahtera,

Berikut adalah cara yang saya sendiri lakukan semasa menukar ke domain ini. Perkara pertama yang anda perlu ada sebelum mendaftar domain ialah sebuah blog di blogger.com (daftar percuma.)

Kemudian anda beli domain (hanya domain sahaja, tidak perlu web hosting) di mana-mana syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Contoh macam saya, saya pakai MercuMaya.net. Harganya pada masa saya beli adalah RM30.

Kemudian, anda setting DNS pada domain anda. Lihat panduan yang diberikan Blogger untuk cara-caranya. Walau bagaimanapun, terdapat registrar (syarikat yang anda beli domain tadi) yang tidak menyediakan perkhidmatan manage DNS seperti mercumaya ini. Oleh itu, saya cadangkan anda mencari servis internet (percuma ada, berbayar pun ada) yang menawarkan perkhidmatan manage DNS seperti GoDaddy.com, no-ip.com dan EveryDNS.net.

Masukkan domain anda dan manage DNS seperti dalam panduan Blogger tersebut. Kemudian, pada registar anda, tukarkan setting DNS di situ kepada DNS servis internet yang manage DNS anda tadi.

Kemudian, masuk Blogger.com. Applikasikan setting di Tab Customize -> Publishing. Letakkan domain anda di situ. Tunggu sehari, dua hari dan dua hari setengah, dan lihat website anda telah diredirectkan ke domain baru anda itu.

Selamat mencuba.

No comments: