Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

5 Sumber Untuk Tutorial Photoshop


Hai pembaca sekalian,

Sebelum ini ada beberapa permintaan untuk saya membuat tutorial photoshop. Saya pun fikir-fikir bagaimana caranya hendak melaksanakan permintaan itu. Bidang (betulkah bidang?) Photoshop ini amat meluas. Kalau hendak terang pakai tulisan, bagi saya ini, mungkin agak susah, tapi pakai video mungkin boleh. Walau bagaimanapun, saya terjumpa beberapa laman web yang menarik untuk tutorial Photoshop ini. Mungkin anda boleh belajar sedikit sebanyak melaluinya.

Photoshoptutorials.ws - Tutorial langkah demi langkah untuk Photoshop ini menerangkan secara terperinci daripada asas sehinggalah bagaimana membuat sesuatu efek atau animasi. Terdapat banyak tip dan trik yang boleh dipelajari dari laman web ini.

photoshopstar.com - Laman web ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak tutorial langkah demi langkah yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa.


entheosweb.com - Jika anda ingin belajar photoshop untuk membina laman web, mungkin anda boleh melihat tutorial di sini. Terdapat hampir 50 tutorial untuk Photoshop disediakan sebagai asas untuk kegunaan di laman web.

fstutorials.com - Laman web ini menyediakan langkah demi langkah untuk design sesuatu. Amat menarik untuk anda lawati.

photoshoproadmap.com - Laman web ini adalah tempat mengumpul teknik-teknik photoshop yang dihantar dari berlainan penulis. Ada banyak juga trik yang menarik yang mesti anda lihat.

Selain daripada 5 di atas, terdapat banyak lagi laman web yang menyediakan tutorial untuk photoshop yang menarik-menarik untuk anda cuba.

Ok. Selamat menjadi artis digital. :)

No comments: