Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Cara buat virus yang mudah untuk PC

Assalamualaikum,

Adakah anda teringin membuat virus? Adakah anda tidak tahu sebarang bahasa pengaturcaraan? Adakah anda hendak mengenakan rakan sepejabat? Jika jawapan anda YA bagi ketiga-tiga soalan di atas, maka saya ada satu benda menarik untuk anda.

Saya terjumpa satu perisian yang menarik di internet yang boleh anda gunakan untuk melakukan tugasan di atas. Tapi hati-hati jika anda cuba mengenakan rakan anda yang panas baran ataupun bos anda yang akan tidak semena-mena memecat anda. :)


Langkah pertama : Muat turun perisian.

Muat turun perisian berikut - JPS Virus Maker 2.0 di sini. ( Saiz : 290kB)


Langkah Kedua : Matikan sebarang servis antivirus untuk seketika.

Matikan sebarang servis antivirus untuk seketika. Sama ada komputer mangsa memakai perisian antivirus sama ada Norton, Mc Afee, Avast, AVG dan lain-lain lagi, anda perlu mengkonfigurasikan supaya servis tersebut berhenti hanya untuk seketika.


Langkah Ketiga : Konfigurasikan virus anda.

  1. Extract perisian virus tersebut di desktop anda.
  2. Klik 2 kali pada JPS.exe
  3. Pilih sifat virus anda mengikut spesifikasi yang ada pada ruangan Virus Option. (Hati-hati dengan pilihan anda. Ia mungkin membahayakan sistem komputer mangsa.)
  4. Pada bahagian bawah, Pilih Name After Install yang sama seperti Server Name anda. Contoh :
  5. Kemudian klik Create Virus.


Langkah Ke-empat : Restart komputer mangsa.

Ini adalah pilihan sahaja. Untuk keberkesanan sepenuhnya, anda kenalah memulakan semula komputer si mangsa. [ Start -> Turn Off Computer -> Restart ]


Langkah Istimewa :

Untuk mematikan semula virus tersebut bukanlah susah sangat. Tetapi keberkesanannya adalah risiko sendiri ya. :p

  1. Mula-mula buka task manager [Ctrl + Alt + Del ], pergi ke tab Process, hightlight csmm.exe. Kemudian klik End Process.
  2. Kemudin cari Folder ‘System32’ di : [ My Computer -> C:\ -> Windows -> System32. ]
  3. Cari nama fail ‘csmm’ dan delete fail tersebut.
  4. Restart komputer tersebut.

P/S : Anda boleh mencubanya atas risiko sendiri ya. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan. :)


Selamat Mencuba!


3 comments:

baiz said...

jahatnyer ajar org wat virus plak...hehe =P

DeKaN said...

haha sekali sekala.. Best woo. Try la. Kalo menjadi bgtau. Leh kita berkongsi cerit bersama. Hehe

Anonymous said...

ermm..bagus ni...leh try