Selamat pagi,
Awal pagi ini, WiFi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, satu servis internet percuma untuk pelajar dan staff di dalam kampus ini, masih lagi tidak berfungsi.
Satu perkara mengejutkan semua pengguna WiFi UTM semalam, apabila page akses yang sepatutnya mengandungi log-in untuk nama pengguna dan kata laluan pengguna telah diganti dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Perkara tersebut berlaku bermula pada petang semalam di mana wireless connection ke WiFi UTM menunjukkan "Limited or no connectivity." Antara pukul 6.30 hingga 8.15 malam semalam frontpage untuk log-in telah diganti dengan page seperti di atas.
Godaman hackerz tersebut sekurang-kurangnya berjaya menguji tahap sekuriti Wireless UTM di kampus Skudai ini. Terdapat beberapa kolej seperti Kolej 16, Kolej 17 dan kolej-kolej di lingkaran luar yang tidak dapat menerima signal WiFi ini sepenuhnya dan terpaksa menggunakan servis internet swasta. Walau bagaimanapun, CICT UTM mempunyai perancangan pada masa akan datang untuk membolehkan setiap orang pelajar mengakses internet dari bilik mereka sendiri.
Sekian.
2 comments:
wah.. gegel la admin utm pasni
Hehe.. Tu la pasal.. BTW, kepada sapa2 budak UTM yang membaca, kalau nak Windows XP Ori, ataupun nak CD key ori untuk software2 yang common boleh g amik kat CICT ye.
Post a Comment