berita baik kepada sesiapa yang suka bercakap lama di telefon (bergayutlah tu), terdapat satu servis yang dinamakan Happy di Malaysia. Rasanya Happy ini adalah di bawah syarikat DiGi kalau tidak silap saya.
Antara yang ditawarkan Happy ini ialah :
- Panggilan maksimum hanya dicaj RM0.99 sahaja
- Hanya RM0.01 per saat dicaj jika panggilan di bawah 99 saat.
- Hanya RM0.10 per SMS kepada semua talian
- 60 hari perkhidmatan sah tanpa reload
Agak murah kan. Anda boleh bercakap seberapa lama yang anda mahu dan hanya dicaj RM0.01 sahaja setiap saat. Jika melebihi 99 saat, and cuma akan dicaj RM0.99 sahaja. Tambahan, panggilan tersebut sah untuk sebarang talian tempatan seperti maxis atau celcom dan telekom. Untuk mendaftar, saya rasa anda perlu tunggu kedatangan Happy ini di Giant Hypermarket yang berada di tempat anda. Keterangan lanjut anda boleh lihat di website Happy ini sendiri di Happy.com.my.
Kawan saya baru sahaja membeli 'Happy'nya di Giant di Kuala Lumpur. Antara komen yang diberi adalah seperti di atas. Cuma tambahan komen beliau, setelah mencuba panggilan Happy ini, masa panggilan terlama adalah 45 minit sebelum terputus. Mungkin sebab connection di sini yang tidak stabil tidak tahulah pula. Tapi Oklah 45 minit pun kerana RM0.99 sahaja yang dicas. Untuk topup, anda boleh dapatkan di Hypermarket atau di stesen minyak berhampiran.
Ber'gayut'lah dengan Happy.. :)
No comments:
Post a Comment