Selamat malam pembaca semua,
Kepada blogger yang baru, anda mungkin merasakan template anda 2 kolum itu terlalu kecil. Ada cara yang boleh anda lakukan untuk membesarkan (expand) kelebaran blog anda. Walau bagaimanapun, mungkin ada di antara anda mencari blog 3 kolum (3-column-blog) untuk blog anda. Muat turun template di bawah dan aplikasikan terus ke website anda. Kredit kepada Ashwini Khare kerana membuat tempate tersebut untuk kemudahan bersama..
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan :
Langkah 1 : Save template dan widget sedia ada.
- Masuk Blogger.com -> Layout -> Page Element.
- Buka widget (Page Element) yang anda pakai, dan salin semula ke notepad.
- Salin ikut cara anda tersendiri kod html atau tulisan kerana semua widget akan hilang dan perlu dimasukkan semula.
- Kemudian selepas habis salin, pergi ke Edit HTML -> Template.
- Klik Download Full Template untuk memuat turun template sedia ada sebagai backup (langkah keselamatan).
Langkah 2 : Muat turun template 3 kolum berikut:
Pilih mana-mana template di bawah dan klik muat turun.
Template | Muat Turun |
Selain template di atas terdapat beberapa template lagi di laman web webtalks ini.
Langkah 3 : Upload Template
- Pada page Edit HTML (no 5 dalam Langkah 1 di atas), klik Browse.. dan pilih template anda tadi di komputer. Kemudian, klik Upload.
- Kemudian pilih Save.
- Jika keluar pertanyaan sama ada mahu membuang widget, klik Discard and Save sahaja.
- Kemudian, View website baru anda. J
No comments:
Post a Comment