Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Cara meletakkan ikon favourite (favicon) untuk website anda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahukah anda cara untuk membuat website anda lebih menarik? Salah satu caranya adalah dengan menggantikan ikon blogger (B) di address bar pada browser anda dengan ikon anda sendiri. Ini menunjukkan identiti tersendiri blog atau website anda. Ikuti langkah berikut untuk melakukannya:

Langkah pertama: Buat ikon anda sendiri dengan format gambar bmp.

Menggunakan paint brush :

  1. Buka paint brush ( Start -> All Program -> Accessories -> Paint.).
  2. Kemudian, buat latarbelakang anda sebanyak 64x64 piksel. (Lihat rajah di bawah).
  3. Zoom dan lukis gambar ikon yang anda kehendaki.
  4. Kemudian, save sebagai bmp extension (*.bmp).

Menggunakan gambar sedia ada (pakai perisian Photoshop) :

  1. Buka perisian photoshop.
  2. Pilih menu File -> Open -> gambar yang anda kehendaki.
  3. Kemudian setelah gambar itu terpapar, pilih menu Image -> Image Size ..
  4. Letakkan pada bahagian ‘width’ nilai 64 pixel. Abaikan bahagian ‘height’.
  5. Savekan fail anda (File -> Save As.. -> ) ke extension .bmp.

Langkah kedua : Convert imej ikon .jpg anda ke extension .ico

Menggunakan windows:

  1. Pastikan anda tidak tandakan “Hide File Extension for known file types”.
  2. Sila periksa dengan cara :

Start -> My Computer
Menu ‘Tools’ -> ‘Folder Option’ -> Tab ‘View’.
Pada ‘Advanced Setting’, buang tanda “Hide File Extension for known file types”.
Klik OK.


  1. Kemudian, pilih imej ikon anda dalam format .bmp tadi.
  2. Klik kanan, dan pilih rename.
  3. Tukat nama fail anda daripada .bmp kepada .ico. (Contohnya batman.bmp -> batman.ico).

6. Tekan Enter. Siap.

Menggunakan Web:


  1. Pergi ke web yang boleh convert imej ke icon. Saya cadangkan website Webscriptlab ini. Atau Favicon generator ini.
  2. Pilih saiz 32x32. (Opss tak ade 64 rupanya.. :p )
  3. Tekan Generate.
  4. Generate banyak mana yang anda suka sampai puas hati. Kemudian ‘download’ ke computer anda.

Langkah ketiga : Uploadkan imej anda.

  1. Gunakan servis online untuk menyimpan fail seperti Yahoo!Geocities dan upload ikon anda di situ.
  2. Salin link untuk ikon tersebut

Langkah 4 : Letakkan link di dalam website anda


  1. Masuk blogger.com -> Layout -> Edit HTML -> Edit Template.
  2. Masukkan link seperti berikut di dalam tag HEAD anda.


*gantikan 'http://www.geocities.com/cloudaeris85/my.ico' dengan alamat ikon anda.

  1. Save Template. Siap!

Sekarang anda boleh preview website anda untuk lihat hasilnya.

Tahniah.

No comments: