Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Setting 3G HP sebagai modem guna Laptop

Selamat pagi pembaca budiman sekalian,

Nokia N95 (contoh HP 3G)


Topik kali ini saya rasa amat unik dan mungkin anda semua boleh mencubanya. Terdapat dua cara untuk menggunakan telefon 3G anda mengakses ke internet. Fisrt, dengan menggunakan Bluetooth Hp dan Blutooth Laptop anda. Second, dengan menggunakan USB Cable yang khas untuk handphone anda ke laptop/komputer.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan ceritakan tentang cara yang pertama tadi sahaja iaitu menggunakan Bluetooth. Langkah2 di bawah mungkin berlainan bagi setiap telco (maxis, celcom) dan model telefon, tapi at least anda akan mendapat sedikit idea tentang cara setup 3G HP sebagai modem.

Langkah 1 : 'On'kan Bluetooth pada Hp anda.
Pada HP 3g anda, pergi ke bahagian Setting -> Menu -> Connections, dan klik ikon Bluetooth. Setkan juga phone's visibility ke “Show to all”. Seterusnya, namakan juga telefon anda di Preference, bahagian "Your Phone's Name".

Langkah 2 : Setup Bluetooth pada laptop anda

1. Klik Start -> Control Panel -> Bluetooth Devices. Klik Add... Seterusnya akan terpapar Add Bluetooth Device Wizard.

2. Tandakan “My device is set up and ready to be found” dan klik Next.

3. Wizard akan mencari device Bluetooth yang available dan dipaparkan mengikut susunan. Sekarang, pilih device yang baru di jumpai itu dan klik Next.

4. Anda akan menjumpai skrin Passkey Setup. Sila tandakan “Let me choose my own passkey dan masukkan apa2 passkey anda (seolah2 password) dan klik Next.

5. Anda akan melihat device Bluetooth anda diinstall. Setelah selesai, anda akan ditanya, “Add to My devices?", klik Yes. Masukkan Passkey yang sama dalam langkah 4 tadi, dan klik OK. Instal Bluetooth akan bersambung.

6. Klik Finish untuk habiskan wizard Add Bluetooth Device.

Langkah 3 : Setup New Connection pada Laptop anda.

1. Pergi ke Control Panel -> Network Connections, pada panel kiri, klik Create a new connection.

2. Anda akan melihat New Connection Wizard window, klik Next.

3. Terdapat beberapa option untuk connection, sila pilih Connect to the Internetdan klik Next.

4. Kemudian pilih "Set up my connection manually" dn klik Next.

5. Pilih "Connect using a dial-up modem" dan klik Next.

6. Pada skrin Device selection, pilih Modem – Bluetooth DUN Modem (COM21), dan klik Next.

7. Masukkan nama ISP dan klik Next.

8. Masukkan no telefon ISP. Dalam kes ini saya gunakan Maxis, *99#. Kemudian, klik Next.

9. Untuk Connection Availability, tandakan Anyone dna klik Next.

10. Masukkan username dan password anda, serta confirmkan password. Klik Next.

11. Seterusnya, tandakan “Add a shortcut to this connection to my desktop”, dan akhir sekali klik Finish.


Tahniah anda baru sahaja setup HP 3G anda sebagai modem laptop. Seterusnya anda boleh gunakan internet anda seperti biasa selepas mendail connection.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

2 comments:

Andrey said...

thanks for you tips...
this is very helpfull
by the way, please visit my blog...

DeKaN said...

thanks for visiting..
will do. Rite away sir! :)