Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Zon Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Zon Maklumat. Show all posts

We HaVe MoVe To http://www.mywindows.info/

Gladly, I would like to inform Malaysian Computer Technical Blog [http://mywindowsxp.blogspot.com] has been moved to http://www.mywindowsxp.info

If you are somehow linking to this blog, kindly (at least this what I can do - asking), update your link to http://www.mywindowsxp.info.

Thanks you. No need to click anything. You will be redirecting...NOW. :)

Baca selanjutnya..

Semak status pengundi anda online

Assalamualaikum,


Sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi :

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen13 hari
Pemilih awam10,701,054
Pemilih pos221,085
Jumlah parti politik berdaftar30
Jumlah kerusi Parlimen222
Jumlah kerusi DUN505

Anda boleh memeriksa status anda sebagai pengundi secara online dengan melayari laman web : http://www.spr.gov.my

Semak status pengundi anda. (Klik untuk besarkan)


Masukkan No kad pengenalan anda, dan anda akan diberi maklumat seperti di atas. Kawasan Parlimen tempat akan anda undi, negeri, pusat undi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi akan dipaparkan.

Bagi sesiapa yang tiada internet, anda boleh semak status di talian Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-88856600 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda cuma perlu menyatakan kad pengenalan anda sahaja.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda. :)

Baca selanjutnya..

Wireless Internet UTM digodam (hack)

Selamat pagi,


Awal pagi ini, WiFi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, satu servis internet percuma untuk pelajar dan staff di dalam kampus ini, masih lagi tidak berfungsi.

Satu perkara mengejutkan semua pengguna WiFi UTM semalam, apabila page akses yang sepatutnya mengandungi log-in untuk nama pengguna dan kata laluan pengguna telah diganti dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Page Log-in yang telah digodam. (Klik untuk besarkan)

Perkara tersebut berlaku bermula pada petang semalam di mana wireless connection ke WiFi UTM menunjukkan "Limited or no connectivity." Antara pukul 6.30 hingga 8.15 malam semalam frontpage untuk log-in telah diganti dengan page seperti di atas.

Godaman hackerz tersebut sekurang-kurangnya berjaya menguji tahap sekuriti Wireless UTM di kampus Skudai ini. Terdapat beberapa kolej seperti Kolej 16, Kolej 17 dan kolej-kolej di lingkaran luar yang tidak dapat menerima signal WiFi ini sepenuhnya dan terpaksa menggunakan servis internet swasta. Walau bagaimanapun, CICT UTM mempunyai perancangan pada masa akan datang untuk membolehkan setiap orang pelajar mengakses internet dari bilik mereka sendiri.

Sekian.

Baca selanjutnya..

Pengasas Hotmail berkahwin di Langkawi

Sumber : Berita Harian


NEW DELHI: Pengasas Hotmail, Sabeer Bhatia (gambar), akan melangsungkan perkahwinannya di Langkawi, bulan depan.

Sabeer, 40, yang dilahirkan di India, memilih tempat peranginan Taj Rebak Marina Resort, Langkawi, sebagai lokasi majlis perkahwinan beliau dengan Tania Sharma pada 9 Mac ini.

Sabeer bertunang dengan Tania, ahli perniagaan dari Mumbai, Disember lalu. Tania adalah pewaris Kumpulan Baidyanath, sebuah pengeluar terbesar ubat-ubatan Ayurvedik.
"Kami mahukan pulau yang eksklusif untuk majlis ini, Sabeer mulanya merancang mengadakannya di Hawaii, tapi ia agak jauh. Kami juga ada menimbangkan kemungkinan mengadakan di Phuket atau Koh Samui (Thailand), tapi akhirnya kami memilih Langkawi," kata RK Sharma, bakal bapa mentua Sabeer, di sini, semalam.

Sabeer menjadi jutawan sekelip mata selepas menjual perkhidmatan emel webnya kepada Microsoft. Kira-kira 270 jemputan, termasuk tokoh penting India seperti Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel dijangka menghadiri majlis itu. - Bernama

Baca selanjutnya..

Cerita tentang TV terbesar

Geoff Holfman memperkenalkan TV Panasonic 150 inci

Selamat Petang semua,

Jika dahulu Samsung dan LG telah memecahkan buku rekod 2006 dengan TV 102 incinya, kemudian telah dipecahkan pula oleh Pnasonic pada awal 2007 dengan TV plasma 103 incinya. Tidak lama selepas itu pula, pada thun 2007 juga Sharp telah memperkenalkan TV berskrin LCD 108 inci di Internationl Consumer Electric Show (CES).

Banyak betul persaingan dapat kita lihat antara syarikat elektrik Jepun yang terkemuka ini. Tahun ini pula, pada 7 Januari 2008, di CES Las Vegas juga, Pnasonic, anak syarikat Matsushita Electric Industrial Co, telah memperkenalkan TV plasma panel flat 150 inci. Ini adalah rekod terbaru dalam industri televisyen.

Selepas ini, mungkin tidak lama lagi rekod TV terbesar ini akan dipecahkan semula oleh di kalangan syarikat-syarikat elektrik gergasi tersebut. Walau bagaimanapun, adakah anda akan memasang satu TV sebesar itu untuk rumah anda? Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, TV besar pada zaman sekarang harganya pun sudah murah. Siapa ada pasang TV 150 inci tersebut beritahu saya ya. Saya boleh buat satu entri khas nanti. :p

Selamat berhibur.

Baca selanjutnya..

Video kelakar Bill Gate bersara



Video kelakar ini adalah daripada dari SlashGear.com. Bill Gates, atau nama sebenarnya William Henry Gates III, akan bersara daripada jawatan CEO Microsoft pada bulan Julai 2008. Selepas tarikh itu, beliau akan berkerja sepenuh masa untuk badan pelajaran dan kesihatan, yang ditubuhkan beliau sendiri, bersama isterinya Melinda. [via PCMag.com]. Bill Gate juga terkenal sebagai orang terkaya di dunia ( No 1 di Forbes 2007). Microsoft adalah jenama yang terkenal di seluruh dunia yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran dengan perisiannya seperti Microsoft Windows, Microsoft Office dan lain-lain lagi.

Baca selanjutnya..

Bercakaplah puas-puas dengan Happy (DiGi)

Happy Logo

Pembaca sekalian,

berita baik kepada sesiapa yang suka bercakap lama di telefon (bergayutlah tu), terdapat satu servis yang dinamakan Happy di Malaysia. Rasanya Happy ini adalah di bawah syarikat DiGi kalau tidak silap saya.

Antara yang ditawarkan Happy ini ialah :

Sim Kad Happy
  • Panggilan maksimum hanya dicaj RM0.99 sahaja
  • Hanya RM0.01 per saat dicaj jika panggilan di bawah 99 saat.
  • Hanya RM0.10 per SMS kepada semua talian
  • 60 hari perkhidmatan sah tanpa reload
Agak murah kan. Anda boleh bercakap seberapa lama yang anda mahu dan hanya dicaj RM0.01 sahaja setiap saat. Jika melebihi 99 saat, and cuma akan dicaj RM0.99 sahaja. Tambahan, panggilan tersebut sah untuk sebarang talian tempatan seperti maxis atau celcom dan telekom. Untuk mendaftar, saya rasa anda perlu tunggu kedatangan Happy ini di Giant Hypermarket yang berada di tempat anda. Keterangan lanjut anda boleh lihat di website Happy ini sendiri di Happy.com.my.

Starter pack happy - gambar kurang jelas
Kawan saya baru sahaja membeli 'Happy'nya di Giant di Kuala Lumpur. Antara komen yang diberi adalah seperti di atas. Cuma tambahan komen beliau, setelah mencuba panggilan Happy ini, masa panggilan terlama adalah 45 minit sebelum terputus. Mungkin sebab connection di sini yang tidak stabil tidak tahulah pula. Tapi Oklah 45 minit pun kerana RM0.99 sahaja yang dicas. Untuk topup, anda boleh dapatkan di Hypermarket atau di stesen minyak berhampiran.


Ber'gayut'lah dengan Happy.. :)

Baca selanjutnya..

Ketahui keputusan pertandingan terkini bola sepak Inggeris

Assalamualaikum,

Jika anda peminat bola sepak EPL, anda tentunya mahukan keputusan perlawanan yang terkini. Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang laman web ini, saya cuma memberitahu kepada yang belum. Ini pun kawan yang beritahu saya.

Layari [http://www.4thegame.com/matchcentre/] untuk mengetahui keputusan terkini walaupun di saat perlawanan sedang berlangsung juga. Sebarang gol pada minit-minit tertentu akan terus dikemaskinikan.

Kemudian pilih perlawanan anda dan klik Match Center.

Ini dalah contoh keputusannya :

Klik imej untuk besarkan

Majulah Sukan Untuk Negara. :).

Baca selanjutnya..

Senarai servis ala adsense yang scam atau palsu

Selamat petang semua,

Terima kasih untuk kendiluv.gracexcel.com untuk entri kali ini.

Seperti kebanyakan blogger dan website, salah satu cara untuk menjana pendapatan ialah dengan mengiklankan servis-servis di website mereka. Servis ini akan membayar website tersebut jika pengguna internet mengklik dan melayari website mereka.

Berbalik kepada tajuk di atas, terdapat servis-servis ala adsense yang palsu atau scam. Mereka menawarkan perkhidmatan ’bayar-untuk-setiap-klik’ untuk memaparkan iklan di website anda, tetapi tidak membayar walaupun sepatutnya anda telah mendapat banyak klik atau kredit.

Berikut ialah senarai servis yang palsu:

[number]100-usd.com, 10dollar-mail.com, 1-800-Mail.com, 1-dollar-mail.com, 200euromails.com, 20dollarsmail.com, 247payouts.com, 25dollarsmail.com, 25-dollars-mail.com, 2dollaremails.com, 2-dollar-mail.com, 300dollarsmail.com, 30dollarsmail.com, 3-dollar-mail.com, 400dollarsmail.com, 500cents-500dollars.org, 50centptr.com, 5dollarmails.com, 7878clicks.com, 7thheavenptr.net, 80euromail.com

[A] ad-fortune.com, ad-qds.com, adsmaker.net, adsneed.com, ahacash.com, alwayspay.com, american-mails.com, a-n-cash.com, apachemails.com, appealingmail.com, applemails.com, aradiasgarden.com, arcticmails.com, arrowheadptr.com, atom-mails.com

[B] ban-mail.com, bearshare-mails.com, beautymails.com, beeptr.com, bestflymails.com, bettybucks.com, beyondemails.com, bizsonline.com, bgpaymail.com, bigdollar-mails, biggestdollars.com, bigluck-mails.com, bizbizs.com, bluerwebmail.com, boffopaidmail.com, bondjamesbond.net, boratmails.com, boss-mails.com, businessptr.com

[C] camel-mails.com, candy-mail.com, cashorigin.com, cashpointclicks.com, cashread.com, cashsea.com, casino-mails.com, catch-cash.com, cgcash.info, charm-mail.com, cherokeeptr.com, chicago-ptr.biz, chobitsmails.com, cloudmails.com, closet-clickers.com, coast-mail.com, color-mail.com, compactmails.com, cookie-mails.com, cooperativemail.com, cosmicwealth.com, cosplaymails.com

[D] dallas-ptr.com, danger-mails.com, darkangelmails.com, dayscash.com, dayseeking.net, dayslook.com, deliriouspaidemails.com, diamond-mails.com, digital-ptr.com, dj-mails.com, dollar-factory.com, dollarslove.com, dollarsmaker.net, dolphincents.com, donkeycash.info, dragone-search.com, dragonsrage4cash.com, dragonsrealmptr.com, dreamstarmail.com, drogon-mails.com

[E] e-mailptr.com, earn-emails.com, easy-gain.com, electron-mails.com, emailpremium.com, emailprofit.us, emailspayu.net, emails-empire.com, energy-mails.com, eragonmails.com, euro-emails.com, expert-mails.com, eyemails.com

[F] fantasy-worldmails.com, feer-mial.com, flashrich.com, flaviomails.be, fourleafclovermail.com, forex-mails.com, fourleafclovermail.com, free-kingdom.com, freemoneymails.net, futureptr.com, fx-mails.com

[G] gcrmail.info, gem-mail.com, getor-mails.com, getpaid4clicks.com, getpaidbyemail.com, getpaideasy.com, getpaidtoemail.com, giga-mails.com, gladiator.ws, go-digold.com, god-mails.com, goldearning.com, goldencatch.com, goldenemail.com, gogoplease.cn, gowellup.com, gr8ads.com, graspaftertime.com, grassmails.com, greatspiritbearptr.com

[H] halloweenptr.com, happybizs.com, happyearning.com, happy-mails.net, happyptr.com, haulingcash.com, hello-mails.com, heroptr.com, hellotomy.com, hold-cash.com, holiday-mails.com, hollywood-mail.com, honestptr.com, huge-mails.com, husky-mails.com

[I] ice-mails.net, icequeenmails.com, inspiremarrow.com, invest-mail.com, ippomails.com, iriverptr.com, itpaystolearn.com

[J] job-readmail.com, justcashinc.com

[K] keeperofdreamsptr.com, kiddays.com, kingofads.com

[L] lightstarmail.com, linkread.com, lion-mails.com, lookingemail.com, lovebird-mails.com, loveptr.com

[M] magnetismail.com, majesticunicornmails.com, mangoemails.com, manateemania.com, mapleptr.com, matoakaptr.com, maystromails.com, megaptr.com, meteor-mails.com, millionaire-mail.com, mintysmails.com, mister-gains.com, mobileptr.net, moneybagsmail.com, moneyems.com, moneys-bank.com, mushroom-mails.com, mybizs.com, mystic-ice-mails.com, mysticegyptptr.com, mysweetheartmail.com

[N] newsptr.com, njgirl.biz, no2allmails.com (continues sending mails to canceled member), numenmail.com

[O] oceansoflife.com, ohomails.com, ok-mails.com, ok-usd.com, okayemail.com, one-mails.com, on-sunday.com, oneperson-mail.com, onlygravy.com, ourpaidmail.com, oursharedsuccess.com

[P] paidmailengine.com (forces searches), paidstation.com, payingcash.info, pay-to-mail.info, payyoudollar.com, pcash.info, penguinpassion.com, petmails.com, phoenixcash.info, pig-mails.com, platinum-mails.com, polarbearmails.com, power-mails.net, pretty-mail.com, professionalmails.com, profitptr.net, prosperousboom.com, ptr4you.net, ptr-trading.com, ptrforce.com, ptr-enterprise.com, ptrland.com, pumpkin-mails.com

[R] racingemails.com, rainbow-mail.net, readformoney.us, readrevenue.com, realmails.com, richmails.com, richptr.com, rivermails.com, road-mails.com, royalinvest.biz

[S] saytheinmail.com, scarlettmails.com, secret-mails.net, seekbizs.com, sepooq.com, seminolewindptr.com, sheepmails.com, sky-wolf.net, smile-email.com, snowman-mails.com, southmails.com, space-mails.com, spice-mails.com, sprint-cash.com, spiderchess.com, spidermanemails.com, startmails.com, stormclix.us, studio-mail.com, stylemails.com, summer-mails.us, sunflowersptr.com, sunny-mails.com, super-program.com, superstarmail.com, sweet-mails.com, symantec-mail.com, systemmails.com

[T] tango-mambo.com, tarantulas-mails.com, tata-cash.com, thegoldcave.com, thegoldmail.net, tiger-mails.com, time4ptr.com, timelessearn.com, tinklycash.com, tomails.com, tons-referrals.com, trade-mails.com, trafficcool.com, trafficinvader.com, trailoftearsptr.com, travelmails.com, trustmails.com, twowolvesptr.com, tycoonmails.com

[U] ubizs.com, ugains.com, unitmails.com, usa-clicks.us

[W] warm-mails, weapon-earnings.info, weelands-garden.biz, welovepay.com, western-clicks.com, western-mails.com, whaleintomail.com, whisperingwindsptr.com, whitefeatherptr.com, woo-mails.com, wonderemails.com


Sekian. Hati-hati memilih servis.

Baca selanjutnya..

Senarai surat khabar online di Malaysia

Selamat pagi pembaca semua,

Mengikut kajian saya tersendiri, (lihat entri 10 perkara yang saya lakukan secara berinternet), rata-rata pengguna internet akan melayari laman web berita seperti Utusan online dan Berita Harian online untuk membaca berita terkini. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat banyak lagi laman web surat khabar di Malaysia yang lain? Hanya klik sahaja mana-mana link pada senarai di bawah untuk melihatnya. J

Berikut adalah senarai surat khabar online Malaysia :



Semoga anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa.

Selamat membaca.

Baca selanjutnya..

Dapatkan email anda : 12 Senarai Teratas Email Percuma..

Hai. Selamat petang semua,


Setiap orang pada masa kini mempunyai email mereka sendiri. Email ini adalah suatu yang peribadi (seolah-olah telefon bimbit anda sendiri) di mana ia mengandungi segala data penting anda dan sebagai medium untuk anda berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia.

Jika anda belum mempunyai email, tidak terlambat untuk anda mendaftar di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti :



1. GMail
GMail adalah pendekatan syarikat Google untuk email dan chat. GMail menawarkan ruang simpanan online yang tidak terhad untuk semua mesej-mesej anda selain mempunyai antaramuka yang mudah dan bijak. GMail juga meletakkan iklan di sebelah email yang anda baca sebagai balasan menggunakan servis percuma mereka.



2. Yahoo! Mail
Yahoo! Mail ialah email yang kepelbagai-gunaan dengan ruang simpanan tidak terhingga serta mempunyai feed berita RSS, kebolehan SMS dan kebolehan mesej-segera (instant message, contohnya Yahoo Messenger) untuk diaktifkan. Yahoo! Mail juga secara umumnya amat menarik digunakan, folder-folder di dalam email boleh dicipta dengan nama sendiri (selain boleh menerima mesej dari orang tertentu dan terus ke folder beliau secara automatik), dan mempunyai tapisan email yang tidak berguna yang amat efektif.


3. Windows Live Hotmail
Windows Live Hotmail ialah servis email yang percuma yang memberi anda 5GB ruang storan online, kebolehan carian pantas, securiti yang mantap dan antaramuka yang mudah seperti program email di desktop. Walau bagaimanapun, Windows Live Hotmail tidak membenarkan pengubahsuaian folder, penapis spam masih boleh diperbaiki dan akses ke POP atau IMAP telah hilang.

Selain tiga di atas berikut adalah laman web yang menawarkan servis email secara percuma juga :

4. Mail.com

5. AIM Mail

6. Inbox.com

7. FastMail

8. Bluebottle

9. BigString.com

10. HotPOP

11. Goowy Mail

12. My way Mail

[via About.com]

Oleh itu, dapatkan email anda sekarang. Kanak-kanak sekarang pun sudah mempunyai email (gunanya untuk mendaftar friendster, saya tahu..) mereka sendiri.

P/S: Ada ke orang yang tak ada email sekarang? Saya rasa terdapat orang dewasa yang belum terdedah dengan teknologi seperti sekarang kerana tidak memerlukan.

Sekian.

Baca selanjutnya..

10 perkara yang anda lakukan semasa melayari internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian,

Apa yang anda lakukan semasa anda melayari internet?

Saya tertanya-tanya apa yang semua orang akan lakukan semasa melayari internet. Terdapat pelbagai sikap dan kelakukan pengguna internet yang berlainan, yang boleh dikategorikan kepada peringkat umur dan keperluan individu tersendiri. Jadi apa yang anda akan lakukan jika komputer di hadapan anda mempunyai internet?

Ada sesetengah orang akan bermain chatting, melihat email, bermain game online, membeli barang dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada sikap (behaviour) individu pengguna internet sendiri. Hm.. untuk lebih isi yang menarik bagi blog ini, saya sendiri senaraikan keperluan internet saya yang mungkin juga sama seperti anda. Hey, mungkin hobi kita sama. Hehe.. mungkin ada yang berkata 'user internet behaviour' (pelakuan pengguna internet) jika diketahui boleh dieksploitasi oleh website tertentu untuk kegunaan mereka.

Tapi tidak mengapa, saya cuma senaraikan yang umum sahaja.. :) Saya amat alu-alukan komen saudara pembaca sekalian.

What would i do on the internet? (Apa yang saya lakukan semasa berinternet)
  1. Reading emails. (Membaca email.)
  2. Reading online news. (Membaca berita online.)
  3. Checking blog. (Melihat blog-blog.)
  4. Downloading animes. (Memuat turun Anime.)
  5. Downloading movies. (Memuat turun Movie.)
  6. Checking friendster. (Melihat frienster.)
  7. Downloading softwares. (Memuat turun perisian.)
  8. Searching for new gadjet or skills. (Mencari gajet atau skil baru.)
  9. Searching for something educating. (Mencari berkenaan pelajaran.)
  10. Searching for something that just cross my mind. (Mencari sesuatu yang terlintas di fikiran.)
Anda pula bagaimana? :)

Baca selanjutnya..

Beli barang, bayar bil secara online : Maybank2u.com


Salam hormat pembaca sekalian,

Walaupun bulan ini bulan hardware ingin saya selitkan sedikit tentang internet. Saya tertarik dengan kelebihan satu website iaitu maybank2u. Saya rasa ramai sudah sedia maklum dengan kelebihan maybank2u ni. Sekadar ingin menyatakan kepada yang belum maklum, banyak manfaatnya maybank2u ni.

Baru2 ini saya membeli topup secara terus daripada internet melalui Maybank2u.com. Terdapat banyak service online yang boleh anda lakukan melalui cara maybank2u ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah aktifkan maybank2u anda di KawanKu/ Maybank ATM. Kemudian aktifkan no telefon anda untuk menikmati pelbagai kemudahan dan servis di sini.

Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan dari membayar cukai pintu anda, membayar bil telefon hinggalah ke tempahan tiket wayang anda. Servis tersebut makin berkembang dari semasa ke semasa. Take a click for yourself. :)

Jumpa lagi..

Baca selanjutnya..

2 Sebab Kenapa CD/DVD Anda Rosak

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak pembaca2 sekalian melihat cd atau dvd yang disimpan rosak? Baru2 ini saya mengalaminya di mana cd yang saya burn untuk cerita koleksi saya telah rosak. Mungkin juga pembaca sekalian pernah mengalami keadaan seperti itu.

Mungkin kes pembaca sekalian sekadar calar di CD, tapi bagi kes saya, mengharukan.. Layer cd tersebut tercabut (lihat gambar di sebelah).





Terdapat dua cara untuk CD/DVD akan rosak:

1. Kerosakan pada "sebelah bacaan CD" (Read side)

Ketika anda meletakkan CD ke dalam CD player anda, CD player tersebut akan membaca semua maklumat digital daripada bahagian yang bersinar2 di CD anda. Secara mikronya, semua maklumat sekecil2 daripada kod digital akan dibaca.
Oleh itu, jika terdapat sebarang kotoran, habuk dan calar pada cd tersebut, segala proses bacaan pada cd tersebut akan tergendala dan mungkin rosak sepenuhnya.


2. Kerosakan pada layer aluminium (pada sebelah label seperti saya di atas.)

Hal ini adalah berkaitan dengan kimia sedikit. Sebarang oksigen yang berjaya menembusi layer aluminium tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada CD/DVD anda. Apbila oksigen bergabung dengan layer aluminium tersebut, aluminium oksida akan terhasil (ia lutsinar) dan menyebabkan pancaran laser CD plyer tidak dipantulkan.
Sebenarnya layer aluminium (tempat anda semua labelkan cd) itu adalah sangat nipis, dan sebarang lubang kecil atau calar akan mendedahkan oksigen kepada aluminium tersebut.

Oleh itu, jagalah CD/DVD anda sebaiknya, lebih-lebih lagi CD/DVD yang anda jadikan koleksi itu.

Sekian :)

Baca selanjutnya..

External HD 80 GB lawan pendrive 8 GB

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Baru-baru ini saya kehilngan pendrive but kali ketiga. Pendrive 512 MB tu saya beli dengan harga rm90. Sekarang saya rasa amat sukar untuk mendapatkan pendrive 512 Mb kerana pendrive 2GB pun berharga rm60 sudah. Berakhirlah sudah zaman pendrive 128 ,256 ,512mb..

Berbalik kepada tajuk kita semula, selepas kehilangan pendrive tersebut, saya sudah serik nak beli satu lagi. Tapi memandangkan kegunaannya amat penting pada masa sekarang saya dan rakan2 pergilah membuat survey...


Hasil yang amat menarik kami discover! Pendrive 1GB = rm38+-, pendrive 2GB = rm60+-, pendrive 4GB = rm100+-. Dan satu penemuan menarik yang saya dan rakan2 baru persan walaupun benda ni dah lama wujud - external HD 80GB dengan harga rm200 (johor), rm205(low yat), rm225(Ipoh).

Bayangkan sekarang 80GB berharga rm200, berbanding 4GB ataupun 8GB yang berharga rm12x sekarang!

Saya rasa lebih untung jika membeli external hard disk dengan kapasiti tersebut. Macam simpan satu komputer yang boleh di bawa ke mana2. Saiznya tidaklah sebesar mana walaupun lebih besar dripada pendrive. :)

Walau bagaimanapun, saya belum lagi membeli external HD tersebut kerana kekurangan fulus..Hehe. Mungkinkah satu masa nanti external HD tu akan dikecilkan seperti pendrive. Siapa tahu?

InsyaAllah, nanti ada duit saya akan beli external hd tersebut dan bukan pendrive lagi.. huhu..

P/S : Kalo ada sape2 nak belanje saya pun boleh! :p

Baca selanjutnya..