Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Internet Tip Trik. Show all posts
Showing posts with label Internet Tip Trik. Show all posts

Semua tentang Feedcount Chicklet


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Feedcount Chicklet

Sebelum ini saya ada post tentang bagaimana melihat feedcount sebenar sesuatu website. Kali ini saya akan membicarakan tentang pelbagai trik dan tip yang lain untuk feedcount chicklet ini.

Sebelum itu, kepada sesiapa yang masih baru di dunia blog, anda boleh mendaftar di www.feedburner.com, dan 'burn'kan feed anda di situ.

1.0 Cara mendaftar feedburner

1. Masuk www.feedburner.com
2. Masukkan URL blog anda. Feedburner akan mengesan feed yang terdapat di blog anda secara automatik.
3. Pilih feed sama ada atom atau rss. Saya sarankan rss. Kemudian klik Next.
4. Masukkan butiran peribadi dan ikut arahan seterusnya untuk mendaftar di feedburner.com.


2.0 Cara mengaktifkan feedcount chicklet

1. Setelah anda login ke akaun feedburner anda, pergi ke Tab Publicize -> Feedcount.
2. Pilih warna untuk feedcount anda. Warna background dan tulisan boleh ditentukan anda sendiri.
3. Anda juga boleh pilih sama ada mahu statik atau animate feedcount tersebut. Animate lebih menarik bagi saya.
4. Klik "Activate". Anda akan diberi kod HTML untuk di letakkan di blog atau website anda.
5. Salin kod dan letakkan di blog anda.


3.0 Tukar perkataan di feedcount chicklet

Selain daripada perkataan 'reader' yang anda dapat lihat (seperti blog saya ini), anda juga boleh mengubah kepada perkataan yang anda suka.
Contohnya perkataan 'pembaca' seperti ini :


Anda cuma perlu menambah coding HTML '&label=pembaca' di coding asal.


Perkataan lain juga boleh diolah seperti :
Rockerz @
Jiwang @
Setiawan @
K Readers @


4.0 Animasi berulang lebih daripada sekali.

Jika anda memilih untuk mengaktifkan feedcount jenis animate di 'Cara mengaktifkan feedcount chicklet' di atas, anda boleh melakukan animasi lebih daripada sekali. Cuma ubah angka di 'anim=1' kepada 'anim=10' atau apa-apa nombor yang anda suka. Contohnya:



Contoh koding :


Majulah Blog Untuk Ilmu. :)

Baca selanjutnya..

PR6 untuk mywindowsxp.blogspot.com

Assalamualaikum,


Saya baru diberitahu oleh Fauzi si budak kecil itu tentang PR6 untuk website mywindowsxp.blogspot.com saya. Terkejut dengan berita itu, saya pun bertanya, "PR tu apa?" Huhu. Tampar dahi beliau mendengar pertanyaan sebegitu. Maaflah, saya sebenarnya amat baru lagi dalam dunia blog ini. Dulu tahu tentang blog, cuma ingat ia berkenaan kehidupan personal sahaja. Tidak terfikir boleh juga untuk kegunaan lain. :P

PR itu bermaksud Page Rank. Dalam dunia internet ini, berdasarkan algoritma tertentu yang dikira oleh Google sendiri, Page Rank yang tinggi akan mudah dijumpai jika di'search' di Google. Page Rank mempunyai ranking 1 hingga 10, oleh itu laman web saya itu adalah 6/10 sahaja. Mungkin betul, mungkin salah juga tafsiran sebegitu, tetapi itu cara mudah yang saya fahamlah.

Sesiapa yang mahu melihat Page Rank blog atau laman web anda boleh dihat di website Page Rank checker ini.

Tahniah kepada Cypherhackz.net juga berjaya mendapat PR3 kembali pada masa sekarang. Semoga meningkat kepada tahap tertinggi semula nanti.

Baca selanjutnya..

Antivirus dan link sumber fail kemaskini definisi virus


Selamat petang semua,

Entri dibuat khas untuk rakan tempat saya bekerja dahulu yang bertanyakan tempat atau laman web memuat turun definisi virus atau update untuk antivirus yang dipakai beliau. Malangnya beliau tidak memberitahu antivirus apa yang dipakai. Tapi tidak mengapa. :)

Di sini juga sya letakkan link untuk antivirus online-scanning yang boleh anda gunakan untuk mengimbas komputer anda secara online.

Berikut adalah senarai antivirus dan tempat memuat turun kemaskinian virus tersebut :



Antivirus

Kemaskini (Updater)

Pengimbas online

1.

AVG Antivirus

(.bin extension)

AVG website

Softpedia website

Tiada

2.

McAfee

(.dat extension)

McAfee Security Updates

McAfee SuperDAT Updates

Ada

3.

Kaspersky

(.zip extension)

Kaspersky website

Softpedia Website

Ada

4.

Avira Antivir

(VDF in.zip)

Avira website

Softpedia Avira Desktop

Tiada

5.

Avast

(VpsUpd.exe extension)

Avast website

Ada

6.

Norton Antivirus

(.exe extension)

Norton - English

Ada

7.

Sophos

(IDE in .zip)

Sophos website

Tiada

8.

Bit Defender

(.exe and .zip extension)

Bit Defender website

Softpedia Website

Ada

9.

ESET Nod32

Tiada update secara manual disediakan secara rasmi.

Langkah update manual

Ada

10.

Trend Micro (PC-Cillin)

(.tar and .zip extension)

Trend Micro website

Softpedia website

Ada

11.

F-Secure

(.exe and .zip extension)

F-secure website

Ada

12.

CA Antivirus

CA website

Ada

13.

Panda Antivirus

(.zip extension)

Panda website

Softpedia website

Ada

S : Saya hendak pakai antivirus, tapi tidak tahu yang mana satu?

J : Semua antivirus mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Untuk antivirus yang standard yang percuma, saya cadangkan AVG Free Edition sahaja. Jika anda ingin panduan 10 terbaik antivirus, boleh lawat di website toptenreviews.com atau klik sini sahaja.

Selamat mengemaskini antivirus anda.

Baca selanjutnya..

Trik melihat kamera sekuriti menggunakan Google Search



Assalamualaikum w.b.t.,


Untuk pengetahuan anda, setiap kamera yang memakai alamat internet boleh dilihat dari mana-mana sahaja di komputer yang mempunyai internet. Kamera tersebut termasuklah CCTV, kamera trafik, kamera sekuriti dan lain-lain lagi. Sebarang sekuriti yang tidak ketat seperti ketiadaan password yang diletakkan untuk kamera tersebut membolehkan mana-mana pengguna internet mengakses kamera tersebut. Hal ini telah disedari ramai orang dan telah pun diulas dalam Fox.tv iaitu stesen TV terkenal di dunia. Namun begitu jalan penyelesaiannya masih ditahap kurang memuaskan. Cara yang terbaik dicadangkan hanyalah mengetatkan sekuriti dan meletakkan password pada IP webcam atau kamera tersebut. [Video ulasan fox TV].



Oleh sebab itu, anda masih boleh melihat kamera-kamera internet tersebut secara live di internet. Jika bernasib baik, bukan sahaja lihat pemandangan melalui kamera, malah pengawalan kamera tersebut turut dapat anda lakukan.

Ikuti cara berikut untuk mengujinya :

Taip dan Search perkataan berikut pada enjin carian Google :

Contoh :

[ inurl: “ViewerFrame?Mode=” ]

atau

[ inurl:/view/index.shtml ]

atau

[ inurl:"MultiCameraFrame?Mode=" ]

atau

[ inurl:"axis-cgi/mjpg" ]

atau

[ intitle:"Live View / - AXIS" | inurl:view/view.shtml^ ]

(tanpa [ ] ). Senarai IP network kamera akan terpapar dan klik mana-mana untuk mula melihat kamera tersebut.


Sekian.

Baca selanjutnya..

Ketahui nilai sebenar feedcount sesuatu laman web atau feed.

Feedcount for my website now


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda melawati sesuatu laman web, anda mesti terjumpa chicklet feedcount atau kod html kecil seperti ini : :yang memaparkan bilangan pembaca atau pelanggan sesebuah laman blog. (Untuk post yang akan datang saya akan ajar anda bagaimana membuatnya.)

Ada sesetengah laman web yang amat cantik dan menarik, tetapi feedcount pembacanya adalah sederhana. Tetapi ada pula laman web yang menarik yang mempunyai feedcount 500 orang dan ke atas. Itu tidak mengapalah. Yang lebih memusykilkan terdapat juga laman web yang kurang menarik tetapi mempunyai feedcount yang tinggi. Mungkinkah mereka ini palsukan feedcount tersebut?

Berikut adalah cara mudah untuk melihat feedcount sesuatu feed atau blog:

1. Katakan url feedreader (ikon seperti di atas) blog tersebut ialah

http://feeds.feedburner.com/MalaysianComputerTechnicalBlog

(Cuma lalukan cursor anda di chicklet untuk melihat ini..)

2. Jadi, anda cuma perlu tambah /~fc/ sahaja ke dalam address bar anda.

Contohnya macam saya punya :

http://feeds.feedburner.com/~fc/MalaysianComputerTechnicalBlog

Maka terkantoilah jika bilangan adalah tidak tepat.. :p


Cara membuat sendiri bilangan chicklet :


Jika anda teringin membuat atau mengubah nilai chicklet anda sendiri, tetapi dengan cara stylo (bukan guna imej .png atau flash atau .gif), boleh lihat website hyalineskies tentang cara mengubah feedcount anda. Walau bagaimanapun, pengetahun mendalam tentang HTML, XML dan CSS adalah penting untuk menjadikan ia menjadi.

Ok. Selamat mencuba. Jangan bohong ya website anda. :)

Baca selanjutnya..

Senarai surat khabar online di Malaysia

Selamat pagi pembaca semua,

Mengikut kajian saya tersendiri, (lihat entri 10 perkara yang saya lakukan secara berinternet), rata-rata pengguna internet akan melayari laman web berita seperti Utusan online dan Berita Harian online untuk membaca berita terkini. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat banyak lagi laman web surat khabar di Malaysia yang lain? Hanya klik sahaja mana-mana link pada senarai di bawah untuk melihatnya. J

Berikut adalah senarai surat khabar online Malaysia :



Semoga anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa.

Selamat membaca.

Baca selanjutnya..

Cara meletakkan ikon favourite (favicon) untuk website anda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahukah anda cara untuk membuat website anda lebih menarik? Salah satu caranya adalah dengan menggantikan ikon blogger (B) di address bar pada browser anda dengan ikon anda sendiri. Ini menunjukkan identiti tersendiri blog atau website anda. Ikuti langkah berikut untuk melakukannya:

Langkah pertama: Buat ikon anda sendiri dengan format gambar bmp.

Menggunakan paint brush :

  1. Buka paint brush ( Start -> All Program -> Accessories -> Paint.).
  2. Kemudian, buat latarbelakang anda sebanyak 64x64 piksel. (Lihat rajah di bawah).
  3. Zoom dan lukis gambar ikon yang anda kehendaki.
  4. Kemudian, save sebagai bmp extension (*.bmp).

Menggunakan gambar sedia ada (pakai perisian Photoshop) :

  1. Buka perisian photoshop.
  2. Pilih menu File -> Open -> gambar yang anda kehendaki.
  3. Kemudian setelah gambar itu terpapar, pilih menu Image -> Image Size ..
  4. Letakkan pada bahagian ‘width’ nilai 64 pixel. Abaikan bahagian ‘height’.
  5. Savekan fail anda (File -> Save As.. -> ) ke extension .bmp.

Langkah kedua : Convert imej ikon .jpg anda ke extension .ico

Menggunakan windows:

  1. Pastikan anda tidak tandakan “Hide File Extension for known file types”.
  2. Sila periksa dengan cara :

Start -> My Computer
Menu ‘Tools’ -> ‘Folder Option’ -> Tab ‘View’.
Pada ‘Advanced Setting’, buang tanda “Hide File Extension for known file types”.
Klik OK.


  1. Kemudian, pilih imej ikon anda dalam format .bmp tadi.
  2. Klik kanan, dan pilih rename.
  3. Tukat nama fail anda daripada .bmp kepada .ico. (Contohnya batman.bmp -> batman.ico).

6. Tekan Enter. Siap.

Menggunakan Web:


  1. Pergi ke web yang boleh convert imej ke icon. Saya cadangkan website Webscriptlab ini. Atau Favicon generator ini.
  2. Pilih saiz 32x32. (Opss tak ade 64 rupanya.. :p )
  3. Tekan Generate.
  4. Generate banyak mana yang anda suka sampai puas hati. Kemudian ‘download’ ke computer anda.

Langkah ketiga : Uploadkan imej anda.

  1. Gunakan servis online untuk menyimpan fail seperti Yahoo!Geocities dan upload ikon anda di situ.
  2. Salin link untuk ikon tersebut

Langkah 4 : Letakkan link di dalam website anda


  1. Masuk blogger.com -> Layout -> Edit HTML -> Edit Template.
  2. Masukkan link seperti berikut di dalam tag HEAD anda.


*gantikan 'http://www.geocities.com/cloudaeris85/my.ico' dengan alamat ikon anda.

  1. Save Template. Siap!

Sekarang anda boleh preview website anda untuk lihat hasilnya.

Tahniah.

Baca selanjutnya..

Cara mengintip pengguna Yahoo Messenger yang berstatus invisible

Salam hormat pembaca semua,

Ini adalah tip yang menarik sekali. Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk ‘melihat’ pengguna Yahoo Messenger yang meletakkan status sebagai invisible ini. Walau bagaimanapun, kadangkala berlaku juga kesilapan semasa ’pengintipan’ ini dilakukan. Abaikan semua itu, anda masih boleh mempelbagaikan cara seperti dibawah untuk mengintip. Ikuti panduan berikut :

Cara 1 : Menggunakan website www.xeeber.com


Cara ini adalah cara yang paling mudah sekali. Cuma taip sahaja Yahoo ID pengguna yang anda hendak intip, dan klik search. Seterusnya status pengguna tersebut akan diberitahu sama ada online, invisible dan lain-lin lagi. Jika jawapan yang diberikan adalah ralat (error), cuba sekali lagi kerana server mungkin sibuk.


Cara 2 : Menggunakan perisian BuddySpy


Untuk menggunakan cara ini, anda disarankan mempunyai akaun YM yang dummy, atau akaun YM yang lain. Anda boleh membuatnya nanti semasa menggunakan BuddySpy. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan akaun YM anda sendiri, cuma pada masa yang sama anda tidak boleh chatting.

Pertama sekali, anda mesti memuat turun perisian Buddy Spy di sini. Kemudian, Install perisian tersebut. [Install : Klik 2 kali pada program BuddySpySetup.exe à Next à Tandakan I Agree à Next à Next à Tandakan Create Desktop Icon à Install à Tandakan Launch Buddy Spy à Finish.]

Selepas itu, pada Tasks sebelah kiri, pilih Configure. (Jika anda ingin membuat akaun YM baru, klik ’Create a separate account’.) Masukkan Username dan Pssword YM anda. Kemudian masukkan Yahoo ID pengguna yang ingin anda lihat, dan klik scan. Status pengguna yahoo messenger tersebut akan diketahui sebentar sahaja. Buddy Spy juga boleh mengimbas jika pengguna tersebut ada menggunakan webcam dan juga memasuki group chatting.

Cara 3 : Menggunakan Invitation ke Conference atau Voice Chat


Cara ini adalah cara yang paling mudah dan cepat dilakukan. Semasa anda menggunakan YM, hanya klik kanan pengguna yang anda mahu, pilih ‘More action..’ seterusnya ‘Invite to conference’, dan masukkan semua nama yang anda mahu periksa. Siap. Anda cuma perlu tunggu. Jika terdapat sebarang respon, ia menunjukkan pengguna tersebut sedang online.



Selamat Mencuba..

Baca selanjutnya..

Yahoo Messenger (2) : Alternatif lain untuk menggunakan Yahoo Messenger

Tuan-tuan dan puan-puan,


Tip-tip dan trik - Alternatif bagi menggunakan YM.

Ini adalah bahagian yang menarik mengenai YM. Berikut adalah soalan yang selalu ditanya dan ini jawapannya.


Perisian YM saya mempunyai masalah. Adakah perisian lain yang boleh menggunakan YM?

Selain perisian YM, anda juga boleh memuat turun perisian yang menawarkan perkhidmatan fungsi mesej-segera yang pelbagai seperti Trillian, Pidgin (dahulu dikenali sebagai Gaim) , dan sebagainya.

Trillian - Pidgin

Log in seperti biasa menggunakan YahooID anda selepas memilih servis Yahoo Mesenger pada perisian tersebut. Anda akan tahu sendiri semasa menggunakannya.


Saya sedang bekerja, dan polisi syarikat tidak membenarkan sebarang perisian diinstall dalam computer. Ataupun, perisian tidak boleh diinstall kerana dikunci oleh administrator. Bolehkah saya menggunakan YM dengan cara lain?

Anda boleh mencuba di laman web Messenger sendiri. Log in seperti biasa dan cuma mungkin terdapat beberapa fungsi yang dihadkan.

Selain itu anda boleh mencuba laman web Meebo. Hanya masukkan YahooID dan password anda seperti biasa. Untuk maklumat lanjut tentang meebo, anda boleh melihat artikel rakan saya. Sebelum login, pastikan address bar laman web tersebut bermula dengan https: bukan http: untuk sekuriti. Antaramuka laman web ini mungkin sedikit kejanggalan bagi yang pertama kali menggunakannya, tapi fungsi-fungsi ia masih seperti YM itu sendiri. :)

Bersambung...

Baca selanjutnya..

Semua tentang Yahoo Messenger: Muat turun dan Install


Assalamualaikum,

Setiap orang mempunyai akaun Yahoo kah? Jika tidak silalah dapatkannya sekarang di Yahoo! untuk membolehkan anda menggunakan servis chatting Yahoo Messenger.

Apakah yahoo messenger (YM)?
Yahoo Messenger (YM) ialah perisian ataupun cara mesej-segera (Instant Messaging) oleh syarikat Yahoo! yang membolehkan anda berkomunikasi secara live dengan pengguna YM yang lain atau dengan kata lainnya berchatting.

Bagaimanakah boleh mendapatkan perisian YM ini?
Anda boleh memuat turun perisian YM ini di laman web Yahoo sendiri. Saya cadangkan anda hanya memuat turun versi yang stabil sahaja dan bukan versi Beta.
Selain laman web tersebut, anda juga boleh memuat turun versi yang hampir baru (jangan pilih yang terlalu lama) di OldVersion.com.
Setelah dimuat turun daripada mana-mana laman web, anda cuma klik 2 kali pada fail “.exe” untuk proses install.

Selepas install, apa yang perlu saya lakukan?

Masukkan YahooID anda dan password untuk mulakan program. Pastikan anda mempunyai sambungan internet. Kemudian, untuk kali pertama anda masuk, tambahkan kontek anda dengan mengklik symbol “+” (Contact) di bahagian atas YM anda. Masukkan YahooID atau email rakan anda. Seterusnya namakan folder untuk kontek itu dan klik Next, seterusnya mesej perkenalkan diri anda kepada rakan anda dan klik Next, kemudian klik Finish.

Sekarang anda sudah mempunyai YM anda sendiri.

bersambung...

Baca selanjutnya..

Baca dan dengar Al-Quran secara online!


Salam semua,

Tahukah Anda : Anda boleh melakukan apa sahaja di internet termasuklah membaca al-Quran.

Website berikut bukan sahaja mengandungi fungsi bacaan al-quran secara visual dan audio, tetapi turut menawarkan tafsiran al-Quran atnpa perlu memuat turun atau menginstall apa-apa perisian sekalipun. [via Blog Bijak Komputer]

Cubalah layari sendiri untuk melihatnya : http://www.quranexplorer.com/

Semoga pelayaran internet anda lebih tenang sekarang. :)

Baca selanjutnya..

Lihat jambatan Pulau Pinang secara live!

Salam pembaca sekalian,



Gambar dari Kamera CCTV 6 di Jambatan Pulau Pinang.

Jika anda ke pulau pinang, dan ingin melihat trafik di atas jambatan sana, anda boleh melakukannya secara online. Terdapat 8 kamera yang boleh dilihat secara live pada bila-bila masa.

Cuma klik link-link di bawah:

Penangbridge.com
(untuk view kamera satu persatu)


Penangbridge.blogspot.com
(untuk view 8 kamera sekaligus)

Peta Google untuk imej jambatan pulau pinang dari satelit.


Sedikit review untuk jambatan pulau pinang :


Jambatan Pulau Pinang di Malaysia telah siap dibina dan dirasmikan pada tanggal 3 Ogos 1985 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Panjang jambatan Pulau Pinang ini ialah 13.5 km (8.4 miles). Jambatan bertol ini adalah di bawah jagaan PLUS Expressway Sdn Bhd dan Penang Bridge Sdn Bhd pada masa sekarang. (Sumber : Wikipedia)

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. :)

Baca selanjutnya..

Beli barang, bayar bil secara online : Maybank2u.com


Salam hormat pembaca sekalian,

Walaupun bulan ini bulan hardware ingin saya selitkan sedikit tentang internet. Saya tertarik dengan kelebihan satu website iaitu maybank2u. Saya rasa ramai sudah sedia maklum dengan kelebihan maybank2u ni. Sekadar ingin menyatakan kepada yang belum maklum, banyak manfaatnya maybank2u ni.

Baru2 ini saya membeli topup secara terus daripada internet melalui Maybank2u.com. Terdapat banyak service online yang boleh anda lakukan melalui cara maybank2u ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah aktifkan maybank2u anda di KawanKu/ Maybank ATM. Kemudian aktifkan no telefon anda untuk menikmati pelbagai kemudahan dan servis di sini.

Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan dari membayar cukai pintu anda, membayar bil telefon hinggalah ke tempahan tiket wayang anda. Servis tersebut makin berkembang dari semasa ke semasa. Take a click for yourself. :)

Jumpa lagi..

Baca selanjutnya..