Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Website Menarik. Show all posts
Showing posts with label Website Menarik. Show all posts

Penganggar PageRank - Lihat PR akan datang

Assalamualaikum,

Kepada para blogger dan webmaster semua, berapakah anggaran untuk PR website anda untuk circulation yang akan datang? Jika anda ingin melihatnya, anda boleh mencuba di PageRank Prediction di website iwebtool.com ini. Mungkin betul dan mungkin juga tidak, ia cuma tilikan sahaja dan kebarangkalian betul turut sama diberi dalam peratusan.

PR2 untuk www.mywindowsxp.info (Klik untuk besarkan)

Untuk website www.mywindowsxp.info ini, tilikan website tersebut menunjukkan ia mendapat cuma PR2 sahaja. Huhu.. Tidak mengapalah, mendaki sedikit demi sedikit. Jika dahulu mywindowsxp.blogspot mendapat PR6 walaupun masih baru. Amat terkejut juga saya mendapat berita itu. Terima kasih kepada Fauzi kerana memberitahu, dan sekarang Cypherhackz dianggar akan mendapat PR6 kalau tidak silap. Tahniah!

Pembaca sekalian, untuk pengetahuan yang masih tidak tahu, saya masih menggunakan hosting di blogger.com. Cuma domain sahaja saya redirect ke www.mywindowsxp.info. Anda juga boleh mencubanya dengan membaca artikel saya tersebut.

Dulu-dulu ingat kononnya hendak komersil la. Hehe. Tapi blogger.com pun ok apa untuk weblog. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang, saya akan terus menggunakan domain .info ini (mywindowsxp.com ngan mywindowsxp.net dah kena ambil.. huhu..).

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana masih setia hingga hari ini.. :)

Baca selanjutnya..

Senarai harga perkakasan PC terkini setiap bulan


Pembaca sekalian,

Kadangkala ada sahaja bahagian PC yang rosak pada waktu yang tidak dijangka. Pada waktu itu, harga untuk perkasasan tersebut, contohnya, pendrive atau RAM telah berubah. Anda yang tidak sempat mengikuti perkembangan harga PC semasa mesti mahu membuat perbandingan harga terlebih dahulu supaya mudah untuk bajet anda dan tidak tertipu.

Untuk mendapatkan senarai harga perkakasan PC bagi beberapa syarikat penjual tertentu, anda boleh ke laman web hardwarezone.com ini. Perlu diingatkan harga barang adalah berlainan bagi setiap tempat di Malaysia, dan harga di sini adalah sekadar panduan sahaja. Taukeh kedai di Ipoh akan berkata, “Tarak untung oo harga itu sama macam Johor..” Haha..

Berikut ialah link untuk senarai harga pada 1 Feb 2008:
All It HyperMarket Sdn Bhd
Prestige IT Base
PC ZONE Computer Trading (M) SDN BHD

Untuk senarai yang lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan di sini. Sebarang transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia ya. :p

Selamat membeli belah.

Baca selanjutnya..

Jadilah penyunting di Wikipedia Bahasa Melayu


Laman web Wikipedia Bahasa Melayu

Salam penmbaca budiman,

Tahukah anda wikipedia untuk Bahasa Melayu telah diwujudkan pada 2003 lagi. Anda boleh melayari wikipedia tersebut di http://ms.wikipedia.org. Wiki bermaksud laman web untuk pengguna menyunting kandungan secara berkumpulan. Pedia bermaksud ensiklopedia.

Anda boleh menyumbang sendiri istilah Bahasa Melayu di wikipedia Melayu ini dengan mendaftar diri sebagai penyunting. Sehingga post ini dibuat, terdapat 26665 istilah sahaja di sini dan ia memerlukan tambahan perkataan yang banyak lagi.

Mungkin suatu hari nanti Dewan Bahasa dan Pustaka akan meng’internet’kan Kamus Dewan untuk kemudahan orang ramai? Siapa tahu. Selain memudahkan rujukan, ia memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu (menggunakan BM dengan betul).

:)

Baca selanjutnya..

Menangi semua peraduan di Malaysia


Jika anda kebosanan dihadapan komputer, mungkin anda boleh mencuba website ini. terdapat pelbagai peraduan (online ataupun tidak) di Malaysia yang boleh anda menang dan cuba ketika anda sedang online. Terdapat juga peraduan yang tersenaraiuntuk para bloggers dan juga untuk pembaca yang lain sekalian. Contoh peraduan adalah daripada DiGi, Mamee, Nuffnang, hingga ke CIMB dan Petronas. Sembilan ke 20 peraduan baru untuk anda setiap hari. Cubalah. :)

Baca selanjutnya..

Antivirus dan link sumber fail kemaskini definisi virus


Selamat petang semua,

Entri dibuat khas untuk rakan tempat saya bekerja dahulu yang bertanyakan tempat atau laman web memuat turun definisi virus atau update untuk antivirus yang dipakai beliau. Malangnya beliau tidak memberitahu antivirus apa yang dipakai. Tapi tidak mengapa. :)

Di sini juga sya letakkan link untuk antivirus online-scanning yang boleh anda gunakan untuk mengimbas komputer anda secara online.

Berikut adalah senarai antivirus dan tempat memuat turun kemaskinian virus tersebut :



Antivirus

Kemaskini (Updater)

Pengimbas online

1.

AVG Antivirus

(.bin extension)

AVG website

Softpedia website

Tiada

2.

McAfee

(.dat extension)

McAfee Security Updates

McAfee SuperDAT Updates

Ada

3.

Kaspersky

(.zip extension)

Kaspersky website

Softpedia Website

Ada

4.

Avira Antivir

(VDF in.zip)

Avira website

Softpedia Avira Desktop

Tiada

5.

Avast

(VpsUpd.exe extension)

Avast website

Ada

6.

Norton Antivirus

(.exe extension)

Norton - English

Ada

7.

Sophos

(IDE in .zip)

Sophos website

Tiada

8.

Bit Defender

(.exe and .zip extension)

Bit Defender website

Softpedia Website

Ada

9.

ESET Nod32

Tiada update secara manual disediakan secara rasmi.

Langkah update manual

Ada

10.

Trend Micro (PC-Cillin)

(.tar and .zip extension)

Trend Micro website

Softpedia website

Ada

11.

F-Secure

(.exe and .zip extension)

F-secure website

Ada

12.

CA Antivirus

CA website

Ada

13.

Panda Antivirus

(.zip extension)

Panda website

Softpedia website

Ada

S : Saya hendak pakai antivirus, tapi tidak tahu yang mana satu?

J : Semua antivirus mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Untuk antivirus yang standard yang percuma, saya cadangkan AVG Free Edition sahaja. Jika anda ingin panduan 10 terbaik antivirus, boleh lawat di website toptenreviews.com atau klik sini sahaja.

Selamat mengemaskini antivirus anda.

Baca selanjutnya..

Ketahui keputusan pertandingan terkini bola sepak Inggeris

Assalamualaikum,

Jika anda peminat bola sepak EPL, anda tentunya mahukan keputusan perlawanan yang terkini. Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang laman web ini, saya cuma memberitahu kepada yang belum. Ini pun kawan yang beritahu saya.

Layari [http://www.4thegame.com/matchcentre/] untuk mengetahui keputusan terkini walaupun di saat perlawanan sedang berlangsung juga. Sebarang gol pada minit-minit tertentu akan terus dikemaskinikan.

Kemudian pilih perlawanan anda dan klik Match Center.

Ini dalah contoh keputusannya :

Klik imej untuk besarkan

Majulah Sukan Untuk Negara. :).

Baca selanjutnya..

Tajuk : Cara-cara menipu di dalam peperiksaan? For Dummies..

Selamat pagi semua,




Dapatkan buku di atas dengan Harga Cuma RM99.90 sahaja. Terlalu mahal? Oklah.. Saya gurau sahaja. Cincai kira cuma RM29.90 sahaja. Ini adalah harga yang paling murah jika dibandingkan dengan maklumat yang akan anda dapat nanti. Hehe..

Pernyataan di atas adalah gurauan semata-mata. Jangan marah ya pembaca sekalian. :p Jika anda inginkan buku For Dummies anda sendiri, anda boleh cuba membuatnya sendiri di sini. Saya cuma gunakan penjana buku For Dummies untuk iklan di atas. Saya hanya masukkan kata-kata dan ia akan terjana sendiri. Sebijik kan? Terdapat banyak bahan gurauan untuk anda cuba di website tersebut. Anda boleh meletakkannya di Friendster, Myspace, Blog dan Website anda sendiri. Tapi berpada-pada ya. Hehe. Sekali lagi, maaf..

Senyum selalu.

Baca selanjutnya..

Dapatkan email anda : 12 Senarai Teratas Email Percuma..

Hai. Selamat petang semua,


Setiap orang pada masa kini mempunyai email mereka sendiri. Email ini adalah suatu yang peribadi (seolah-olah telefon bimbit anda sendiri) di mana ia mengandungi segala data penting anda dan sebagai medium untuk anda berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia.

Jika anda belum mempunyai email, tidak terlambat untuk anda mendaftar di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti :



1. GMail
GMail adalah pendekatan syarikat Google untuk email dan chat. GMail menawarkan ruang simpanan online yang tidak terhad untuk semua mesej-mesej anda selain mempunyai antaramuka yang mudah dan bijak. GMail juga meletakkan iklan di sebelah email yang anda baca sebagai balasan menggunakan servis percuma mereka.



2. Yahoo! Mail
Yahoo! Mail ialah email yang kepelbagai-gunaan dengan ruang simpanan tidak terhingga serta mempunyai feed berita RSS, kebolehan SMS dan kebolehan mesej-segera (instant message, contohnya Yahoo Messenger) untuk diaktifkan. Yahoo! Mail juga secara umumnya amat menarik digunakan, folder-folder di dalam email boleh dicipta dengan nama sendiri (selain boleh menerima mesej dari orang tertentu dan terus ke folder beliau secara automatik), dan mempunyai tapisan email yang tidak berguna yang amat efektif.


3. Windows Live Hotmail
Windows Live Hotmail ialah servis email yang percuma yang memberi anda 5GB ruang storan online, kebolehan carian pantas, securiti yang mantap dan antaramuka yang mudah seperti program email di desktop. Walau bagaimanapun, Windows Live Hotmail tidak membenarkan pengubahsuaian folder, penapis spam masih boleh diperbaiki dan akses ke POP atau IMAP telah hilang.

Selain tiga di atas berikut adalah laman web yang menawarkan servis email secara percuma juga :

4. Mail.com

5. AIM Mail

6. Inbox.com

7. FastMail

8. Bluebottle

9. BigString.com

10. HotPOP

11. Goowy Mail

12. My way Mail

[via About.com]

Oleh itu, dapatkan email anda sekarang. Kanak-kanak sekarang pun sudah mempunyai email (gunanya untuk mendaftar friendster, saya tahu..) mereka sendiri.

P/S: Ada ke orang yang tak ada email sekarang? Saya rasa terdapat orang dewasa yang belum terdedah dengan teknologi seperti sekarang kerana tidak memerlukan.

Sekian.

Baca selanjutnya..

Baca dan dengar Al-Quran secara online!


Salam semua,

Tahukah Anda : Anda boleh melakukan apa sahaja di internet termasuklah membaca al-Quran.

Website berikut bukan sahaja mengandungi fungsi bacaan al-quran secara visual dan audio, tetapi turut menawarkan tafsiran al-Quran atnpa perlu memuat turun atau menginstall apa-apa perisian sekalipun. [via Blog Bijak Komputer]

Cubalah layari sendiri untuk melihatnya : http://www.quranexplorer.com/

Semoga pelayaran internet anda lebih tenang sekarang. :)

Baca selanjutnya..

Pendaftaran untuk domain .my dibuka sekarang!

Selamat tengah hari semua,

".com.my" --> ".my"


Dari MYNIC, pendaftaran untuk website domain .my dibuka sekarang dari 9am 1 November 2007 hingga 5pm 31 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, hanya pemegang domain ".com.my", ".net.my" dan lain-lain sahaja yang dibenarkan menukar domain masing-masing kepada ".my". Jika terdapat 2 nama yang sama untuk 3rd level domain, contohnya 'mywindowsxp.com.my' dan 'mywindowsxp.net.my', priority akan diberikan kepada domain yang mendaftar lebih awal semasa pendaftaran pertama itu. [Via Mynic]

Jika anda teringin mempunyai domain untuk syarikat anda sama ada .com.my atau .net.my dan lain-lain, anda boleh membuat demikian dengan merujuk ke website mynic sendiri untuk cara -cara, dokumen dan sebagainya.


NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Jika anda ingin mendaftar untuk domain .com, .net, .info, terdapat banyak webhosting di internet menawarkan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh mencuba di Namsahaz Webhosting. Harga sebanyak RM40 untuk domain .com, .net, .info, .biz, dan RM100 untuk .com.my, serta RM120 untuk .my. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank2u, CIMBClick, Bank Islam, Public Bank dan juga PayPal.

Sekian pengumuman, harap maklum.

Baca selanjutnya..

Lihat jambatan Pulau Pinang secara live!

Salam pembaca sekalian,



Gambar dari Kamera CCTV 6 di Jambatan Pulau Pinang.

Jika anda ke pulau pinang, dan ingin melihat trafik di atas jambatan sana, anda boleh melakukannya secara online. Terdapat 8 kamera yang boleh dilihat secara live pada bila-bila masa.

Cuma klik link-link di bawah:

Penangbridge.com
(untuk view kamera satu persatu)


Penangbridge.blogspot.com
(untuk view 8 kamera sekaligus)

Peta Google untuk imej jambatan pulau pinang dari satelit.


Sedikit review untuk jambatan pulau pinang :


Jambatan Pulau Pinang di Malaysia telah siap dibina dan dirasmikan pada tanggal 3 Ogos 1985 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Panjang jambatan Pulau Pinang ini ialah 13.5 km (8.4 miles). Jambatan bertol ini adalah di bawah jagaan PLUS Expressway Sdn Bhd dan Penang Bridge Sdn Bhd pada masa sekarang. (Sumber : Wikipedia)

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. :)

Baca selanjutnya..