Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool
Showing posts with label Web Hosting. Show all posts
Showing posts with label Web Hosting. Show all posts

Tukar domain blogger kepada .com atau .net pada harga RM30+-

Salam sejahtera,

Berikut adalah cara yang saya sendiri lakukan semasa menukar ke domain ini. Perkara pertama yang anda perlu ada sebelum mendaftar domain ialah sebuah blog di blogger.com (daftar percuma.)

Kemudian anda beli domain (hanya domain sahaja, tidak perlu web hosting) di mana-mana syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Contoh macam saya, saya pakai MercuMaya.net. Harganya pada masa saya beli adalah RM30.

Kemudian, anda setting DNS pada domain anda. Lihat panduan yang diberikan Blogger untuk cara-caranya. Walau bagaimanapun, terdapat registrar (syarikat yang anda beli domain tadi) yang tidak menyediakan perkhidmatan manage DNS seperti mercumaya ini. Oleh itu, saya cadangkan anda mencari servis internet (percuma ada, berbayar pun ada) yang menawarkan perkhidmatan manage DNS seperti GoDaddy.com, no-ip.com dan EveryDNS.net.

Masukkan domain anda dan manage DNS seperti dalam panduan Blogger tersebut. Kemudian, pada registar anda, tukarkan setting DNS di situ kepada DNS servis internet yang manage DNS anda tadi.

Kemudian, masuk Blogger.com. Applikasikan setting di Tab Customize -> Publishing. Letakkan domain anda di situ. Tunggu sehari, dua hari dan dua hari setengah, dan lihat website anda telah diredirectkan ke domain baru anda itu.

Selamat mencuba.

Baca selanjutnya..

Pendaftaran untuk domain .my dibuka sekarang!

Selamat tengah hari semua,

".com.my" --> ".my"


Dari MYNIC, pendaftaran untuk website domain .my dibuka sekarang dari 9am 1 November 2007 hingga 5pm 31 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, hanya pemegang domain ".com.my", ".net.my" dan lain-lain sahaja yang dibenarkan menukar domain masing-masing kepada ".my". Jika terdapat 2 nama yang sama untuk 3rd level domain, contohnya 'mywindowsxp.com.my' dan 'mywindowsxp.net.my', priority akan diberikan kepada domain yang mendaftar lebih awal semasa pendaftaran pertama itu. [Via Mynic]

Jika anda teringin mempunyai domain untuk syarikat anda sama ada .com.my atau .net.my dan lain-lain, anda boleh membuat demikian dengan merujuk ke website mynic sendiri untuk cara -cara, dokumen dan sebagainya.


NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Jika anda ingin mendaftar untuk domain .com, .net, .info, terdapat banyak webhosting di internet menawarkan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh mencuba di Namsahaz Webhosting. Harga sebanyak RM40 untuk domain .com, .net, .info, .biz, dan RM100 untuk .com.my, serta RM120 untuk .my. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank2u, CIMBClick, Bank Islam, Public Bank dan juga PayPal.

Sekian pengumuman, harap maklum.

Baca selanjutnya..