Malaysian Computer Technical Blog is tutorials, news, and information about computers, gadgets, and technology all around the world. Instead of English, it use Malay language (Bahasa Melayu) for all the Malaysians who wish to learn and discover more..

Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan @emailenfuego.net

AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage Free Page Rank Tool

Cari-cari Web Hosting yang menarik

NS Lookup

Hai semua,

Malam semalam saya menghabiskan masa mencari webhosting yang best untuk weblog mywindowsxp.info nanti. Kalau boleh server Malaysialah. Ketika mencari dan mencari di Google search : 'Malaysia Webhosting', saya mendapat satu idea menarik. Apa kata kita tengok website orang lain pakai webhosting apa?

Begini caranya : Menggunakan servis Name Server Lookup di internet.
1. Cari di Google.com perkataan berikut : NS Lookup
2. Pilih satu servis. Saya memilih network-tools.com.
3. Taipkan nama weblog atau website dan lihat nameserver tersebut.
4. Search di internet webhosting tersebut untuk maklumat lanjut feature atau tawaran pakej mereka.


Antara yang saya lihat ialah :
1. cypherhackz.net menggunakan serverfreak.biz
2. bijakkomputer.com menggunakan internet-webhosting.com
3. hongkiat.com dan saifulislam.com menggunakan slicehost.net
4. saifulsham.com menggunakan easynet-interactive.com
5. taszara.com menggunakan 000webhost.com (server free.. menarik.)
dan beberapa website lain lagi.

Webhosting masing-masing mempunyai tawaran menarik tersendiri. Ada juga webhosting yang telah men'sponsor' website tertentu di atas yang bertrafik tinggi. Bestnya.

Selepas fikir-fikir, bagi saya yang masih baru ini, mungkin saya akan mengambil server di Mercumaya.net sahaja kerana tawarannya saiz yang agak besar 5Gb (kalau tidak silap) dengan harga yang tidak mahal sangat (rm68/tahun). Tengoklah macam mana nanti.

OK. :)

2 comments:

syamsulariff.com said...

dah beli hosting blm? pakai le serverfreak :D huhu./.

DeKaN said...

Lom.. Hehe.. Tula semalam tgk vangardx tu pakai serverfreak gak. Ramainye pakai serverfreak. Bunyi macam menarik. :P